Tips Mengatasi Masalah Insomnia

Photo Credit : ufmcpueblo.com


Ada tak yang alami masalah insomnia?

Apa insomnia tu? Insomnia adalah sejenis penyakit dimana seseorang itu sukar untuk tidur malam. Hal ini mungkin berlaku disebabkan beberapa faktor seperti tekanan hidup, tekanan di tempat kerja, masalah peribadi atau sebagainya.

Terlalu banyak berfikir hingga sukar untuk melelapkan mata. Ia bukanlah perkara baru, jumlahnya juga mungkin semakin bertambah dan membimbangkan jika tidak diatasi kerana mungkin boleh menyebabkan risiko penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya.

Jadi untuk mengelakkan ianya semakin berterusan. Mari kita lihat beberapa tips bagi mengatasi masalah insomnia.

Tips Mengatasi Masalah Insomnia

1. Hindari minuman berkafein

Kafein boleh menggangu kualiti tidur kita terutama bagi minuman yang tinggi kandungan kafein. Jika sukar untuk berhenti meminum minuman berkafein memandai dengan mengurangkan kekerapan pengambilannya. Elak minum minuman berkafein 5 jam sebelum waktu tidur anda.

2. Jangan makan sebelum tidur

Selepas makan, perut akan lebih aktif untuk mencerna makanan yang masuk ke dalamnya. Jadi elakkan makan sebelum waktu tidur sekurang-kurangnya 60 minit sebelum tidur. 

3. Tempat tidur yang selesa

Kadang-kadang kita sukar untuk tidur disebabkan tempat tidur yang tidak selesa. Jadi sebelum hendak tidur, pastikan tempat tidur anda berada dalam keadaan yang selesa. Ganti sarung bantal atau selimut jika mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Pastikan juga tempat tidur anda berada dalam keadaan yang bersih.

4. Tidur lebih awal

Biasakan diri untuk tidur lebih awal atau tidak lebih dari jam 12 tengah malam. Secara biologi, tubuh kita akan berubah sekiranya lebih dari waktu tersebut. Tidur lebih awal juga boleh mendapat waktu tidur yang ditetapkan sekurang-kurangnya 7 jam sehari. Tubuh kita perlukan rehat yang cukup setelah penat bekerja seharian. Jadi pastikan waktu tidur juga mencukupi untuk mengecas semula tenaga yang digunakan seharian.

5. Minum air kosong

Minum air kosong sebelum tidur bantu mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya. Air kosong juga mencegah tubuh dari berlakunya dehidrasi. Tapi jangan minum terlalu banyak sebelum tidur nanti asyik ke tandas pula. hehe.. memandai segelas air kosong sebelum tidur.

6. Baca doa

Tidak kira apa pun agama yang dianuti, berdoalah sebelum tidur. Bagi muslim, disunatkan mengambil wuduk sebelum tidur. Sebelum tidur baca ayat kursi, surah 3 Qul dan doa sebelum tidur. Sebenarnya banyak lagi amalan-amalan lain yang boleh diselitkan. Boleh baca artikel-artikel lain.

7. Pengambilan supplemen

Pengambilan supplemen yang betul bantu mengurangkan masalah insomnia. 

Omega Guard Shaklee

Mengandungi DHA dan EPA yang berupaya membantu menstabilkan emosi dan membantu meningkatkan fungsi otak. Ia juga membantu dalam kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan,, insomnia, kebimbangan, autism, penyakit schizophrenia dan kanak-kanak yang hyperaktif.

ESP Shaklee

Bantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan memberi tenaga segera. ESP juga membantu mengurangkan tekanan, meringankan kesakitan akibat serangan migrain dan insomnia.

Ostematix Shaklee

Ostematrix juga dapat membantu mengurangkan tekanan. Membantu merehatkan otot dan saraf. Memberikan kesan ketenangan dan membantu tidur yang lena.

B-complex Shaklee

Vitamin B-complex Shaklee bantu menstabilkan emosi dan tekanan. Ia juga bantu mengurangkan kelesuan dan keletihan. B-complex shaklee juga bantu memastikan kesihatan saraf sekaligus mengurangkan sakit kepala, depressi dan insomnia. 

Bagi mereka yang sering mengalami masalah insomnia, boleh cuba tips tips di atas atau beli set insomnia shaklee.

Jika keadaan semakin membimbangkan, dapatkan nasihat doktor atau buat pemeriksaan lanjut.

Nak tempah set insomnia shaklee?
Boleh hubungi saya atau beli secara online

BELI SECARA ONLINE
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)