Kenapa Perlu Bawa Ubatan, Supplemen dan Vitamin Semasa Travel?

Photo Credit : Reader's Digest
Tips sebelum ni saya ada mention tentang ubat-ubatan, supplemen atau vitamin sebagai salah satu benda yang 'WAJIB' di bawa semasa travel ke luar negara.

Korang boleh baca entry saya tentang Tips Ke Luar Negara bagi yang baru pertama kali nak travel ke luar negara atau sedang mencari dan merancang apa yang perlu disediakan untuk ke luar negara. 

Post ni khusus bagi yang nak travel luar negara ye, tapi kalau rasa sesuai untuk travel dalam negara pun takde masalah :)

Kenapa ubatan, supplemen dan vitamin perlu semasa travel?

Perlu ke? Perlu ke bawa?

Sakit tu bila-bila boleh terjadi. Even duduk dalam rumah pun boleh terjadi. Ni kan pula tengah travel. Lainlah kalau awak tu kebal tak lut orang kata. Amboi bunyi macam ada perisai pula ye ๐Ÿ˜. Macam ada supernatural pula. Maaf, terimalah kenyataan kita hanya manusia biasa. Berpijak dibumi nyata ye. hehe๐Ÿ˜‚

Ok, sebab tu kita kena bawa ubat, supplemen dan vitamin. Sakit tu tak boleh jangka bila dia nak datang. Mau nya tengah travel tiba-tiba sakit kepala pula. Tiba-tiba selsema, batuk, migrain, lenguh sana-sini, sakit pinggang, terseliuh, eh macam-macam lah. Yelah, mana kita nak tahu apa akan terjadi nanti. Bukan ada 'laci ajaib' macam doraemon tu boleh pergi ke 'masa hadapan'. Jangan mimpi. ๐Ÿ˜

Jadi sediakan payung sebelum hujan. Bawalah apa yang patut. Boleh je kalau awak tak nak bawa, beli kat tempat awak pergi tu je. Boleh. Takde masalah. Boleh sangat.

Tapi tapi tapi.... itu pun kalau tempat awak pergi masa tu ada kedai farmasi, atau convenient store yang jual ubat-ubatan. Kalau masa tu awak pergi kawasan luar bandar atau jauh dari bandar macamana? Masa tu sakit perut yang amat, atau pening muntah-muntah, sakit yang perlu dirawat segera tapi takde klinik pun atau kedai farmasi, macamana? Masa tu jugak awak tak bawa apa-apa untuk legakan rasa sakit tu? Kalau ada member yang bawa, ok awak kira beruntung. Tapi kalau dia pun tak bawa apa-apa, macamana? (tepuk dahi menyesal) ๐Ÿ˜ง.

Kalau ada medical insurans ok awak kira bernasib baik, tapi fikirkan juga situasi situasi lain. Sakit yang tak lah teruk sangat tapi takde masalah pun nak guna medical insurans.

Ok, macamana pula kalau takde medical insurans? Let's say masa tu kebetulan ada kedai farmasi atau convenient store yang jual ubat, awak pun beli. Senyum bahagia lah kan sebab jumpa kedai jual ubat. Tapi tu kalo harga dia affordable. Macamana pula kalau harga dia 'boleh makan 2 atau 3 kali hidangan lunch or dinner'? Fikir 10 kali kut. Biasa kita ni bila travel, lagi-lagi yang travel bajet, semua pun berkira tau. Dah namanya bajet kan. Mana nak cari extra money tu. Alih-alih terpaksa guna debit card, tak pun credit card (tu pun ada charge juga tau). Tak pun pinjam kawan. Tu pun kalau kawan ada extra money, kalau takde? Emm fikirlah sendiri.

Kalau kita kat Malaysia ni, untunglah harga ubat masih mampu nak beli. Tapi kalau negara-negara maju contoh Jepun, mahal tau. Jadi bawalah siap-siap. Tak payah nak bazir duit beli kat negara orang. Melainkan takde pilihan lain, sebab bawa ubat lain tapi sakitnya lain. Yang tu memang kena beli juga. No choice.

Opps, panjang je membebel. Maaf, bukan saja-saja nak bebel, sekadar kongsi tips. Alhamdulillah sepanjang saya travel mana-mana memang saya pastikan bawa ubat, supplemen dan vitamin. Ala bukan berat mana pun. Takdenya lebih muatan barang awak kalau bawa benda kecik ni. Lainlah kalau awak bawa stok berkotak-kotak ๐Ÿ˜‚. Bawa je dalam pill box. Senang dan mudah dibawa.

Tapi kan awak, setiap kali saya travel memang akan bawa supplemen dan vitamin SHAKLEE. Yup, saya pengguna tegar produk Shaklee. Dan masa travel pun tak boleh tinggal, lagi sangat diperlukan. Actually banyak nak bawa tapi salah satunya saya bawa Vitamin C, ni wajib sebab kita tak tahu suhu tempat kita tu macamana. Contoh, masa pergi Korea hari tu, pergi pula musim Winter, lagilah perlu vitamin c. Sebab takut kena selsema. Setiap pagi selepas breakfast kena telan vitamin c. Alhamdulillah takde pula kena selsema walaupun dah menggigil sebab suhu terlalu sejuk.

Masa ke Jepun pula, musim Autumn. Yang ni saya masih ingat lagi, hujan hujan hujan. Siap beli raincoat kat sana. Walaupun bukanlah setiap masa dan setiap hari. Tapi kalau antibodi tak kuat boleh demam juga. But alhamdulillah dipermudahkan. Memang tak tinggal makan vitamin dan supplemen. 

Sebab tu saya sarankan bawalah apa yang patut sebagai persediaan. Orang kata malang tak berbau. Jangan ambil mudah. Sihat walafiat sebelum berlepas tak semestinya sihat juga semasa travel. Biarlah beringat sebelum terkena. 

Kalau sakit, tak bestlah nak jalan-jalan. Kita kan nak enjoy. Tapi kalau nak jadi juga, apa boleh buat. Tu ujian namanya. 

Ok lah, maaf panjang pula entry kali ni. Panjang-panjang nanti awak naik boring pula. Oh ya, bagi awak-awak yang tak tahu nak bawa supplemen atau vitamin yang sesuai saya cadangkan set di bawah. Actually set travel ni ada banyak, ni yang basic dan antara set yang boleh saya cadangkan. Kalau nak tambah pun boleh. Boleh roger roger saya, jangan segan-segan.

Jom baca set di bawah.


Nutriferon
  • Nutriferon berfungsi meningkatkan dan melindungi sistem imunisasi tubuh.
  • Nutriferon menggalakkan penghasilan Interferon dalam tubuh badan kita. Interferon penting bagi menghalang dan menghentikan proses pembiakan virus dan kuman-kuman lain.
  • Mengurangkan simptom selsema, batuk dan demam.
Performance Drink 
  • Performance Drink minuman isotonik yang tidak berkarbonat (bergas) dan tidak mengandungi gula yang berlebihan. Tak sama dengan minuman isotonik yang berada dipasaran yang bergas dan mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Membekalkan bendalir dan eletrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahhidratan dan membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan.
  • Performance Drink membantu menyeimbangkan kandungan eletrolit dalam tubuh bagi mencegah penyahhidrat disebabkan suhu yang tinggi semasa demam menyerang.
Herbal Blend
  • Krim yang menenangkan ini telah diujikaji secara klinikal dimana ia dapat melembutkan kulit yang kasar-kasar dan pecah-pecah pada tumit, lutut serta siku.
  • Dingin, bermentol serta tidak berminyak.
  • Diperbuat dari ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuklah sage, horse chestnut yarrow, dan rosemary.
  • Melegakan gigitan serangga atau nyamuk, krim urut akibat lenguh, losyen atasi kulit kering, mengurangkan ruam, menghilangkan rasa gatal.
Vitalea 
  • Merupakan multivitamin dan mineral. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
  • Pemberi tenaga, kecerdasan tubuh, melindungi fungsi jantung, hati dan buah pinggang.
Ostematrix
  • Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Selain kalsium, Ostematrix juga mengandungi Magnesium , Vitamin D dan mineral zink, tembaga dan managanese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Ostematrix tidak mempunyai perisa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
  • Mengurangkan kekejangan dan rasa kebas, mengurangkan sakit belakang dan pinggang, membantu masalah gastrik, mengatasi masalah migrain, melegakan sakit sendi, mengurangkan sakit kepala, menenangkan rasa tertekan atau stress.
Set kat atas ni supplemen dan vitamin. Bukan ubat ye. Ubat dan supplemen tak sama. Ubat tujuannya untuk merawat dan menyembuhkan penyakit tapi supplemen adalah makanan tambahan. Begitu juga dengan vitamin. Tak sama dengan ubat. Kalau nak lebih detail cari la kat google ye. hehe.. 

Tapi ubat tetap kena bawa semasa travel. Especially bagi yang memang ada penyakit tertentu dan perlu makan ubat setiap hari. So, ubat jangan tinggal, ok ๐Ÿ˜‰.

Sebelum tu, awak kena tahu apa supplemen tu? Supplemen ni makanan tambahan. 'Tambah' atau 'topup' nutrien atau khasiat yang kurang dalam tubuh kita. Walaupun kita makan makanan berkhasiat setiap hari tapi belum tentu dapat menampung khasiat yang diperlukan oleh tubuh.

Tubuh kita memang sangat memerlukan vitamin. Vitamin ni ada beberapa jenis. Vitamin A,B,C,D,E dan K. Setiap jenis vitamin tu memainkan peranan yang penting dalam tubuh kita. Kekurangannya akan menyebabkan penyakit tertentu.

So, pengambilan supplemen dan vitamin ni pun sangat perlu semasa travel. Supaya badan kita sentiasa sihat dan bertenaga. Barulah seronok nak jalan-jalan. Nak selfie-selfie. Kan kan..๐Ÿ˜Š

Awak kalau nak order boleh hubungi saya atau beli secara online.

www.wasap.my/60193901309

BELI SECARA ONLINE DISINI

Semoga bermanfaat.
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)