Posts

Showing posts from November, 2017

Punca Dan Rawatan Batu Karang

Image
Apakah Punca Terbentuknya Batu Karang? 1. Kurang Pengambilan Air Kosong Pengambilan air kosong sangat penting bagi memastikan tubuh kita sentiasa dalam keadaan yang baik dan sihat. Kenapa pengambilannya digalakkan? kerana pengambilan air kosong dapat membantu meneutralkan kepekatan bahan-bahan lain yang masuk di dalam tubuh kita sebelum ia dibuang melalui sistem pencernaan. 2. Jangkitan Pada Salur Kencing Jangkitan daripada kuman, cacing atau parasit pada salur kencing juga boleh menyumbang kepada terbentuknya batu karang. 3. Kegagalan Buah Pinggang Apabila buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan normal, masalah lain boleh terjadi dan salah satunya ialah batu karang. Buah pinggang tidak dapat menapis dan menyingkirkan bahan-bahan tertentu dan bahan-bahan tersebut terkumpul lalu membentuk batu karang. 4. Salur Kencing Tersumbat Batu karang juga mungkin berlaku disebabkan salur kencing yang tersumbat. Bahan-bahan yang sepatutnya disingkirkan tidak dapat keluar dengan no

10 Cara Mengurangkan Ketagihan Merokok

Image
credit photo : telegraphindia.com Kepada awak yang mempunyai tabiat suka merokok tapi nak BERHENTI MEROKOK, memang susah bagi awak kan. Halangan besar bagi awak adalah KEINGINAN nak merokok. Niat tu dah ada tapi kalau sekadar niat tapi tak ikhtiar sampai dah ' goal ' atau 'dapat penyakit' baru sibuk nak berhenti. Masa tu dah terlambat bagi awak. Kalau awak merokok tak menyusahkan sesiapa takpelah awak merokok lah sampai bila-bila. Tapi awak jangan lupa awak ada keluarga, saudara-mara dan sahabat disekeliling. Bila jadi apa-apa pada awak , mereka ni juga akan terjejas. Haa lagi satu, masa awak tengah merokok tu, orang sekeliling awak juga terima kesan negatif juga tau. Bagaimana? Melalui asap rokok yang awak hembus tu la. Malah yang tak merokok tapi terhidu asap rokok ni lagi tinggi risiko dapat penyakit berbahaya berbanding si perokok itu sendiri. Bukankah awak dah menyusahkan orang lain? 😏 Jadi, berubahlah sebelum terlambat. Peluang sentiasa ada bagi yang nak

8 Tips Kurangkan Berat Badan Secara Sihat

Image
photo source : pixabay.com Sesetengah dari kita akan berasa tidak yakin dengan keadaan fizikal. Samada disebabkan masalah kulit pada wajah, penampilan, berat badan dan sebagainya. Tapi topik kali ni saya nak cerita tentang berat badan. Ya, berat badan. Ada yang runsing bila berat badan terlalu ringan ada pula yang risau bila berat berlebihan. Tapi selalunya disebabkan berat yang berlebihanlah kan 😏 Berat badan yang berlebihan akan berisiko menghidap pelbagai penyakit. Tapi yang kurus tu jangan senang hati sangat. Sebab kurus belum tentu sihat. Berat badan berlebihan atau gemuk atau juga obesiti, antara perkataan yang tak gemar kita dengar. Bukan sekadar tak suka, tapi buat kita rasa tak yakin dan rendah diri. Betul tak? Mungkin ada yang tak kisah tapi tipulah kalau langsung tak kisah. Sepatutnya awak kisah, sebab apa? Jangan pula awak kata 'ala badan aku, suka hati aku lah. Sibuk buat apa?' Ha jangan yakin sangat kata macam tu, sebab awak patut kisah bukan sebab mulut-

10 Tips Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam

Image
photo source : maxpixel.freegreatpicture.com Masalah kulit kering dan kusam selalu kita dengar kan. Sesetengah mereka ni ada yang tahap kering sangat dan kelihatan seperti bersisik. Keadaan ni buat mereka ini rasa tak yakin nak berdepan dengan orang sekeliling. Haa ingat masalah jerawat je buat orang tak yakin tapi masalah kulit kering, kusam dan bersisik juga sama tau. Masalah kulit kering ni kalau dibiarkan tanpa dijaga dan dirawat keadaan semakin teruk. Bagi yang bekerja dalam bilik yang berhawa dingin lebih dari 6 jam sehari akan mengalami kekurangan kelembapan kulit. Kalau kat rumah pun guna aircond 24 jam sehari juga akan mengalami masalah yang sama. Selalunya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering akan memakai pelembap atau losyen untuk melembapkan kulit. Tapi sebenarnya ianya tidak cukup. Jadi apa lagi cara untuk mengekalkan kelembapan kulit? Tips Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam 1. Minum Air Kosong Pengambilan air kosong yang secukupnya dapat membant

5 Tips tarik minat anak anda untuk makan makanan berkhasiat

Image
Mesti ibu-ibu kat luar sana runsing bila anak tak suka makan, atau makan tapi nak makanan yang dia suka je. Lagi runsing kalau anak hanya suka makan makanan ringan. Mana nak dapatkan khasiat tu? Sedangkan kita sedia maklum kanak-kanak perlukan khasiat untuk tumbesaran mereka. Macam-macam cara si ibu buat untuk tarik perhatian si anak. Tapi 'tak jalan' juga. Terpaksa guna cara 'kuasa veto'. Apa caranya tu? Cara 'paksa'lah 😂 Tapi sampai bila? Takkan setiap kali waktu makan awak macam nak berperang kan. Keadaan ni buat si anak rasa tak selesa tau. Bertambah dia tak suka nak makan. Habis tu macamana? Mari kita baca tips-tips di bawah. Mungkin membantu ibu-ibu kat luar sana. 1. Ajak anak sediakan makanan Photo source : google Bila awak nak beli barang-barang dapur tu contoh nak beli sayur ke beli buah ke ajak anak awak. Suruh mereka buat pilihan. Sekurang-kurangnya mereka rasa seronok dan ingin makan apa yang mereka pilih. Tapi sekiranya mereka tak suka

Pencuci dan Pembersih Terbaik Anda

Image
Sebut je Shaklee mesti orang sangka jual suplemen dan vitamin je. No no no , Shaklee pun ada jual produk lain selain itu. Contohnya Basic H2 ni la. Haa kali ni saya nak anda berkenalan dengan PEMBERSIH TERBAIK dari Shaklee. Yang penting TIADA BAHAN TERLARANG dan TIADA BAHAN BERACUN . Fuh siap ' Caps Lock ' lagi 😂 Baik, mari kita berkenalan dengan Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate ni. Setiap botol dengan kepekatan berganda selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Sangat berkesan membersihkan tumpahan susu, membersih dan mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril dan banyak lagi. Kenapa mesti pilih Basic H Shaklee ? Selamat digunakan kerana Tidak mengandungi toksik yang berbahaya. Tidak mengandungi racun yang boleh memudaratkan. Tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Tanpa pewangi terlarang. Lembut pada tangan anda. Mengandungi pH yang seimbang. Tidak mengandungi klo

Kenali Lecithin Shaklee

Image
Lecithin ni ada macam-macam jenis brand. Bila pergi mana-mana kedai ubat atau farmasi memang ada. Cuma ikut pilihan pengguna samada nak beli atau tidak. Lecithin ni ada banyak kebaikannya. Tak kurang juga bagi Lecithin keluaran Shaklee. Semestinya Shaklee beri yang terbaik bagi penggunanya. Jom berkenalan dengan Lecithin Shaklee. Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina. Lecithin juga dikenal sebagai pengemulsi semulajadi yang menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk bantu penghadaman. Lecithin akan ditukar menjadi asetilkolina di dalam tubuh bagi membantu mengekalkan tubuh yang sihat. Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Selamat digunakan kerana tidak mengandungi perisa tiruan, pengawet tambahan, pemanis atau pewarna. Apa kebaikan Lecithin Shaklee

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Image
Photo Credit : google.com Dah lama nak share entry ni tapi asyik tangguh je. Tapi kali ni saya nak story gak. Based on my experience beberapa minggu yang lepas. Ke dah sebulan kot. Alkisah si bulus saya baru melahirkan meow-meow yang comel. Ni kali pertama juga la. Sebelum ni balik kampung je tengok-tengok dah besar. Tak sempat nak tengok dia ' baby' lagi. Sebelum ni arwah kakak yang take care , bila dia dah takde dah jadi tanggungjawab kami adik beradik yang lain jaga kucing-kucing dia 😢 Mula-mula tu memang susah berenggang dengan bulus-bulus kecil ni. Saya perhati gelagat 'diorang'. Oh ye, anak-anak kucing ni semua ada empat ekor. Siang malam perhati, dia ngiau-ngiau saya tak tahu dia nak apa. Nak susu ke? dia sakit ke? dia sejuk ke? memang tak tahu. As long as ada mak dia, kira ok la tu. But hari yang keempat kalo tak silap yang seekor mati. Sedih jangan cakap la. Baru je nampak dia bergerak-gerak sebelum ni, bila jenguk semula dah mati. Allah, berat

Punca dan cara legakan simptom gastrik

Image
Photo Credit : embryology.med.unsw.edu.au Masalah gastrik? Rasa tak selesa bila gastrik tu datang. Bila gastrik menyerang apa yang korang buat? Makan ubat? Ubat apa? Dah makan ubat tapi tak 'jalan' juga? emmm cane ye? Mesti korang pernah google kan cara atasi masalah gastrik. Tapi sebelum tu korang kena tahu punca gastrik berlaku. Punca berlakunya gastrik ➤ Makan makanan yang pedas. Kenapa? Sebab kepedasan tu boleh rangsang rembesan jus gastrik dalam perut. ➤ Merokok. Bahan-bahan yang terdapat didalam rokok boleh merangsang jus gastrik dalam perut. ➤ Minuman berkafien seperti kopi dan teh. Kandungan kafien tersebut juga boleh merangsang jus gastrik serta mengaktifkannya. ➤ Minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut mengalami keradangan atau berdarah. Cara atasi masalah gastrik ➜ Elakkan makan makanan pedas. ➜ Jangan merokok. ➜ Elakkan minum minuman berkafien. ➜ Elakkan minuman ber

Kenali Peppermint Ginger Plus Shaklee

Image
Perut tak selesa? Masalah penghadaman? Kembung perut? Sering muntah? Mabuk laut/darat? Peppermint Ginger Plus Shaklee boleh membantu atasi masalah di atas. Kenapa Peppermint Plus Shaklee? Peppermint Ginger Plus mengandungi formulasi empat herba terpilih yang sangat membantu penghadaman dan melegakan perut tak selesa. Pudina (Peppermint) Rasa segar dan menenangkan, bantu melegakan otot perut. Membantu mengurangkan mabuk laut/darat. Membantu masalah penghadaman. Membantu melegakan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit. Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema. Selain itu, ia melegakan kesa-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi. rsa sejuk dan segar daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus. Halia Merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan keridakselesaaan p