Kompleks Kraf Langkawi

Walaupun dah dua kali berkunjung ke Langkawi, namun ini kali pertama saya jejakkan kaki ke Kompleks Kraf Langkawi.

Apa yang menarik di sini?

Di sini ada macam-macam pameran seni, dan di sini juga ada terdapat pelbagai jualan yang berasaskan kraf hasil seni penduduk tempatan.

Ada pakaian, baju, tudung, dan beberapa barang yang boleh dijadikan sebagai ole-ole dan tanda kenang-kenangan.

Di sini juga terdapat beberapa peniaga yang menjual makanan tradisional.

Kawasan kompleks ini agak besar, jadi anda boleh dapatkan peta terlebih dahulu untuk mengetahui lokasi lokasi tertentu. Peta boleh didapati di bahagian kaunter di pintu utama. Atau anda boleh bertanya dengan pekerja-pekerja di situ.

Sesuai dijadikan tempat yang harus dilawati seisi keluarga.













Terima Kasih,
Beauty&Health,
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)