Kebaikan Penggunaan Serum Untuk Penjagaan Kulit Wajah
Sebelum ni, saya langsung tak ambil tahu tentang serum. Selalu juga nampak iklan serum ni tapi langsung tak endahkan. Bila member beli serum, tanya juga tapi tak tanya detail pun. Apa kegunaan serum, apa fungsinya, bagaimana nak guna, kenapa perlu guna. Tak berminat nak ambil tahu. Bagi saya, cukuplah guna pencuci muka, then apply penyegar. Siap. Pelembap? guna tapi tak konsisten. Tapi sentiasa pakai BB Cream atau foundation bila keluar rumah. Tu je. Tapi sekarang ni dah mula ambil tahu tentang penjagaan muka. Ye la, umur dah meningkat kut. Tak nak muka tua dari usia. hehe.. Serum adalah produk berasaskan gel atau air. Ianya mengandungi bahan aktif yang tinggi kepekatannya berbanding krim dan losyen. Bahan aktif tersebut seperti antioksidan, vitamin, pencerah kulit dan sebagainya. Ia digunakan bertujuan untuk merawat kulit muka. Seba tu serum lebih mahal berbanding krim dan losyen. Apa fungsi serum? Fungsi serum bergantung kepada bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. A...