Kenapa kita perlu bersenam?
Kenapa kita digalakkan bersenam? Soalan mudah, tapi nak buat kadang rasa berat atau malas, betul tak? Seperti yang kita sedia maklum, bersenam sangat baik untuk kesihatan tubuh kita. Samada kita lakukan senaman ringkas di rumah, sekitar taman, gym atau dimana-mana sahaja mengikut keadaan dan keselesaan masing-masing. Apa kebaikan bersenam? Banyak kebaikan yang kita peroleh dengan melakukan aktiviti bersenam. Jom kita baca kebaikan bersenam di bawah ni. Kesihatan tulang Peningkatan usia akan menyebabkan berlakunya pengurangan mineral tulang. Senaman adalah salah satu cara untuk menguatkan tulang dan mencegah daripada kerapuhan tulang. Kesihatan jantung Bersenam bantu tingkatkan kesihatan jantung. Tindakbalas jantung menjadi lebih cekap dan efisien. Otot jantung juga semakin kuat. Dengan itu, risiko untuk mendapat penyakit jantung juga akan berkurang. Mengekalkan stamina dan lebih bertenaga Apabila anda menjadikan senaman sebagai rutin, tahap stamina akan menjadi sema...