Kebaikan ESP Shaklee buat ibu hamil dan menyusukan bayi
Sebagai ibu yang prihatin, sudah semestinya mementingkan nutrisi dan zat yang mencukupi sepanjangan kehamilan mahupun semasa menyusukan bayi. ESP shaklee merupakan makanan tambahan harian yang bantu para ibu memenuhi keperluan tersebut. ESP Shaklee berasasskan kacang soya asli yang kaya dengan khasiat protein tinggi Apa kebaikan ESP Shaklee terhadap ibu hamil dan ibu menyusukan bayi? 1. Menyokong kehamilan yang sihat Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah sangat penting untuk perkembangan bayi serta bagi si ibu hamil. Sepanjang tempoh ini, ibu hamil haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin bagi proses pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Pengambilan protein secara konsisten semasa tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat. 2. Merangsang penghasilan susu ibu Susu ibu merupakan nutrisi terbaik bagi tumbesaran dan per...