Siapa yang perlukan protein?

Kepentingan Protein Untuk Tubuh Kita
sumber : google
Kenapa protein sangat penting dalam tubuh kita? Mari saya kongsi sedikit tentang protein.

Protein merupakan salah satu nutrisi yang diperlukan tubuh kita. Ia adalah sebatian organik yang terdiri daripada binaan blok yang dikenali sebagai "asid amino". Terdapat kira-kira 21 asid amino biasa. 12 daripadanya non essential amino acid yang dihasilkan oleh badan. 9 lagi ialah essential amino acid yang hanya boleh didapati daripada pemakanan, tapi tidak semua kita peroleh daripada makanan harian kita.

Protein berfungsi sebagai nutrisi untuk membantu proses pertumbuhan seperti kuku, otot, rambut, kulit dan sebagainya. Protein boleh ditemui di semua sel tubuh dan merupakan komponen struktur utama dari semua sel terutama otot, kulit dan rambut.

Protein juga penting sebagai sumber tenaga, sebagai hormon sintesis, enzim dan antibodi, dan pembentukan dan pembaikan sel dalam jaringan.

Apa jadi kalau badan kita kurang protein?
  • Kolestrol tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Anemia
  • Penyakit hati
  • Luka lambat sembuh
  • Masalah kulit
  • Penyakit buah pinggang
  • Kandungan gula dalam darah rendah
  • Mudah letih dan lesu
  • Mudah dijangkiti penyakit
  • Sistem pertahanan lemah
  • Tinggi kandungan air dalam tisu badan
  • Badab menggeletar
  • Ulser perut dan usus
Protein boleh didapati melalui pelbagai sumber seperti daging, telur, ikan tuna, bayam, keju, gandum, kacang hijau, brokoli, badam, kentang dan banyak lagi.

Siapa yang perlukan protein?

Mereka yang menjaga berat badan ideal

Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan sesorang dengan kadar metabolisme yang rendah. Ambil lebih banyak protein untuk:

• Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama.
• Membantu mengawal pengambilan kalori-kalori untuk pengambilan makanan seterusnya.
• Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda, lebih tinggi kadar metabolisme anda.

Mereka yang mencapai pertengahan usia

Apabila anda memasuki usia pertengahan, badan anda mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot adalah antara isu yang akan dialami. Ambil lebih banyak protein untuk:

• Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan.
• Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi.

Info tambahan.
Tambah 25g protein soya ke dalam diet harian anda kerana ia telah dibuktikan mampu untuk mengurangkan risiko paras kolesterol yang tinggi.

Ibu hamil

Apa yang baik untuk ibu juga baik untuk bayi. Ambil lebih protein untuk:

• Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.
• Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat.
• Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.

Ibu yang menyusukan bayi

Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Ambil protein untuk:

• Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu.
• Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah antara komponen penting di dalam susu ibu.

Bina Badan

Otot perlukan sokongan semasa anda melakukan latihan rintangan. Ambil lebih banyak protein untuk:

• Membina semula dan memperbaiki otot.
• Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas.

Info tambahan.
Untuk kesan yang lebih baik, ambil minuman/ makanan berprotein sebelum dan selepas senaman.

Mereka yang suka manisan

Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah, dimana ia akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan. Ambil lebih protein untuk:

• Menstabilkan paras gula dalam darah.
• Membantu mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin.

Jika anda adalah salah seorang daripada golongan di atas, cara yang paling mudah untuk anda meningkatkan pengambilan protein anda adalah melalui pengambilan serbuk protein. Hanya campurkan dengan minuman kegemaran anda atau anda boleh gabungkannya dengan buah kegemaran anda untuk sarapan yang lebih sihat.

Pastikan memilih serbuk protein yang terbaik, selamat dan berkesan.
Nak protein yang terbaik untuk anda pilihlah ESP Shaklee.

Boleh baca entry di bawah untuk info lanjut tentang ESP Shaklee

ESP Shaklee Bukan Soya Biasa

Khasiat dan Kebaikan ESP Shaklee

Testimoni ESP Shaklee

Bagaimana nak tempah ESP Shaklee?

Hubungi saya 0193901309 atau beli secara online dengan menekan link di bawah.

BELI ESP SECARA ONLINE


Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee

Comments

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)