My Small Office Home Office
Photo Crtedit : google.com |
Photo Credit : google.com |
S.O.H.O tu Small Office Home Office 😎
Maksudnya office kat dalam rumah sendirilah. Apa tujuan nya?
Bagi yang bekerja sendiri bisnes sendiri dengan adanya S.O.H.O segala urusan lebih mudah dan teratur.
✅Tak perlu rental office - jimat bajet.
✅Tak perlu gerak keluar dari rumah - jimat masa dan minyak.
✅ Tak perlu hadap jem - fuh lega kurang stress.
✅ Tak perlu risau lambat masuk office atau balik lewat malam - boleh siapkan keja bila-bila masa.
✅ Boleh rehat bila-bila masa - tak perlu risau bos marah 😅.
✅ Bebas buat apa saja - takde yg membawang 😝
Eh banyak lagi kelebihan S.O.H.O ni sebenarnya.
Bagi mommies yang bekerja sendiri dengan adanya S.O.H.O, takde masalah untuk buat kerja-kerja rumah dan dalam masa yang sama boleh jaga anak sendiri. Haa jimat wang untuk bayar pengasuh. Boleh spend time dan tengok anak membesar depan mata.
Ada juga mereka-mereka yang memang kerja kat luar tapi dek kerana kerja banyak sangat tapi bos bagi deadline beberapa hari je so nak tak nak kena siapkan kerja tu kat rumah jugak. Haa dah ada S.O.H.O ni mudah la.
Pendek kata S.O.H.O sangat diperlukan pada masa kini. Dah ramai yang berniaga especially online seller. Betul tak? Bekerja dari rumah je. Nak lagi proper dan arrangement tersusun dengan adanya S.O.H.O bisnes lebih teratur dan sistematik.
Gambar kat atas ni antara design idaman S.O.H.O saya. Sebenarnya dah ada dah kat bilik sendiri tapi tak lengkap lagi. Nak tambah-tambah apa yang patut. Rasa macam nak tukar design pun ada 😅. Biar lagi bersemangat nak buat kerja.
Saya lebih suka design simple dan menenangkan. Tak perlu letak banyak benda nanti serabut. Mesti letak sebelah tingkap bilabila boleh buka takde la terkurung dan tertutup je kan. Ada rak buku dan apa-apa yang patut. Haa tu je.
S.O.H.O korang pula bagaimana?
Beauty&Health
Pengedar Sah Shaklee
Ms.Fiza 0193901309
Comments
Post a Comment