Apa yang perlu anda tahu tentang demam denggi
Photo Credit : medium.com 🔸Demam denggi terjadi disebabkan oleh virus denggi melalui gigitan nyamuk Aedes. 🔸Ianya juga dikenali sebagai demam tulang belulang yang boleh membawa kepada penyakit seperti flu. 🔸 Simptom-simptom mungkin berlaku setelah 12~13 hari selepas dijangkiti. 🔸 Gejala adalah ringan (mild) dan teruk (severe). Gejala yang teruk termasuklah Dengue Shock Syndrome (DSS) & Demam berdarah iaitu Dengue Hemorrhagic Fever (DHF) , ianya perlu segera dirawat di hospital. Punca demam denggi Terdapat 4 jenis virus denggi yang menyebabkan demam denggi. Semuanya tersebar oleh spesies nyamuk yang dikenali sebagai Aedes Aegypti dan lebih jarang oleh nyamuk Albopictus. Demam denggi berkemungkinan boleh berlaku lebih dari sekali. Jangkitan kedua membawa risiko yang lebih tinggi. Bagaimana virus denggi tersebar? Apabila nyamuk yang membawa virus denggi menggigit seseorang, virus itu memasuki kulit bersama dengan air liur nyamuk itu. Ia mengikat dan memasuk...