Set Shaklee Membantu Mengurangkan Gejala Demam Denggi
Assalamualaikum.
Hari ni nak kongsi pengalaman diserang Demam Denggi dua tahun lepas. Masa tu kebetulan pula tengah ambil cuti balik kampung, so memang tak seronok la balik kampung sebab cuti dihabiskan kat Hospital yang berdekatan 😑 Dah la cuti tahunan tak banyak. Bertabahlah...
Mula2 tu tak tahu pun kena demam denggi, tapi bila asyik 'demam mengejut' lepas makan 'paracetamol' pun tak berkesan, risau pula jadinya 😨 Mula la google, ha hambik kau sekali tu simptom2 demam denggi tu sebijik apa yang saya lalui. So, esoknya pergi la Hospital. Pagi tu jumpa doktor saya cakap 'maybe saya kena demam denggi', doktor tu pula tanya 'macamana tau kena denggi?' then saya jawab, 'saya google doc' 😆 (overconfident je jawab). Lepas cek darah pagi tu, sebelah petang baru datang semula untuk ambik blood result. Memang confirm kena denggi 😓
Dah tu kena tahan pulak tu. Warded la saya selama 5 hari.
Demam Denggi ni tak sakit mana pun cuma badan jadi lemah. Hilang selera makan. Sepanjang saya kat hospital tu saya kena banyak minum air. Siap kena suruh record berapa ml air yang saya minum & berapa ml air yang saya keluarkan 😆 Doktor tak bagi apa2 ubat pun cuma kena tambah air je.
Setiap pagi nurse ambik darah & doktor datang cek my condition. Selagi bacaan darah saya rendah & condition tak stabil, saya tak dibenarkan keluar 😞 Masih ingat lagi masa tu bacaan Platelet tak sampai 100 pun. Bagi seseorang yang sihat, bacaan kandungan platlet dalam darah adalah sekitar 150 – 450 bpL (billion per Liter). Doktor kata saya mudah diserang penyakit yang merbahaya dengan keadaan platelet below 100, that's why tak boleh discharge lagi 😡
Setiap hari mak buat sup ketam . Saya minum 100plus & banyakkan minum air kosong. Alhamdulillah hari kelima doktor dah benarkan saya balik. Bukan main happy lagi.
Masa tu baru lagi dengan Shaklee, tak tahu produk yang sesuai untuk diambil. Kalau tahu takde la warded sampai 5 hari 😆.
Meh saya kongsi sedikit tentang Demam Denggi & apa produk Shaklee yang sesuai.
Apa itu Demam Denggi?
Demam yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Tanda2 & Gejala
- Demam mengejut
- Sakit kepala teruk
- Sakit di belakang bebola mata
- Sakit sendi & otot
- Gatal-gatal
- Bintik-bintik merah pada tubuh badan
- Sakit perut
- Muntah
- Cirit-birit
- Hilang selera makan
- Rasa pahit pada lidah
- Lemah dan tidak bermaya
Set Denggi Shaklee
NUTRIFERON SHAKLEE - Meningkatkan & Melindungi Sistem Imunisasi.
Kenapa Nutriferon?
Nutriferon berfungsi meningkatkan sekaligus melindungi sistem imun tubuh kita semasa diserang virus Denggi. Semasa Demam Denggi menyerang, Sistem Imun semakin lemah, so tubuh mudah dijangkiti virus yang merbahaya.
Nutriferon menggalakkan penghasilan Interferon dalam tubuh badan kita. Interferon penting bagi menghalang dan menghentikan proses pembiakan virus dan kuman-kuman lain.
PERFORMANCE DRINK SHAKLEE - Minuman Hidrasi Tulen
Membekalkan bendalir dan eletrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahhidratan dan
membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan.
Kenapa Performance Drink?
Performance Drink membantu menyeimbangkan kandungan eletrolit dalam tubuh bagi mencegah penyahhidrat disebabkan suhu yang tinggi semasa demam menyerang.
Antara gejala demam denggi ialah tubuh berasa lemah dan tidak bermaya. So, Performance Drink dapat membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan.
Performance Drink minuman isotonik yang tidak berkarbonat (bergas) dan tidak mengandungi gula yang berlebihan. Tak sama dengan minuman isotonik yang berada dipasaran yang bergas dan mempunyai kandungan gula yang tinggi.
So, bagi sape-sape yang ada sedara mara ke adik beradik ke yang kena Demam Denggi jangan panik,
In shaa Allah Set Shaklee membantu 😊💓
Nak tempah Nutriferon & Performance Drink?
Boleh hubungi nombor yang tertera di bawah
atau beli secara online, hanya click link di bawah
SET DENGGI SHAKLEE (NUTRIFERON + PERFORMANCE DRINK)
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Comments
Post a Comment