7 Manfaat Zink terhadap kesihatan tubuh
Photo Credit : medicalnewstoday.com 1. Meningkatkan kesihatan imun Para penyelidik mendapati bahawa zink membantu mengawal keradangan. Ianya bantu memendekkan tempoh selsema, serta menyokong imun dan mengaktifkan sel-sel imun agar berfungsi secara optimum. 2. Tingkatkan kesihatan rambut Zink merupakan zink penting untuk pertumbuhan sel, menyokong sel-sel yang sihat untuk prestasi tubuh yang lebih optimum. Zink bantu menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut lebih sihat dan meningkatkan pertumbuhan rambut. 3. Tingkatkan kesihatan kulit Sifat anti-radang zink membantu mencegah keradangan dan meningkatkan pembaharuan sel yang sihat serta mempercepatkan penyembuhan kulit yang sensitif agar lebih sihat. Zink juga membantu merawat masalah jerawat dan melegakan radang kulit agar sihat berseri. 4. Permulaan keluarga yang sihat Zink bekerja bersama enzim lain bagi mengekalkan kesihatan sistem reproduktif untuk lelaki dan wanita. Untuk lelaki, zink berperan...