3 Tips Atasi Masalah Anak Picky Eater
Photo Credit : pixabay.com Pening memikirkan anak yang cerewet dengan makanan, tidak suka makan, tiada selera makan, hanya makan makanan yang digemari atau lebih suka makan makanan ringan. Tidak kurang juga anak-anak yang tidak suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran, sedangkan kita tahu buahan dan sayuran sangat baik untuk tumbesaran mereka kerana mempunyai banyak vitamin dan mineral. Jom kita lihat apa tips mudah bagi berdepan dengan masalah ini. 1. Ajak anak anda dalam penyediaan makanan Photo Credit : www.epicurious.com Ketika hendak membeli barang masakan dan masa menyediakan makanan tersebut di dapur, apakata ajak sekali anak anda. Biarkan mereka memilih sendiri buah atau kacang-kacang sebagai hiasan dan topping dalam menu mereka. Masa inilah anda menerangkan kebaikan setiap bahan tersebut kepada anak anda dengan ringkas dan mudah mereka fahami. Contohnya terangkan kenapa kita perlu makan sayur-sayuran dan apa kebaikannya. 2. Cuba sesuatu yang kreatif P...