Posts

Showing posts with the label bersenam

Senaman penting untuk kekal sihat

Image
Nak sihat ni bukan sekadar jaga makan dan makan suplemen semata-mata. Tapi bersenam juga adalah salah satu langkah yang harus dilakukan untuk kekal cergas dan sihat. Ada banyak jenis senaman yang boleh kita lakukan, samada berjogging, berjalan keliling taman, berlari, aerobik, menari, atau aktiviti sukan yang lain. Sebelum ni saya buat exercise dalam rumah je, tapi bila dah 'terjebak' dalam #virtualrun ni, tempat larian ada beberapa tempat dah. Tapi selalunya halaman rumah je 😅 Janji buat. Setakat ni, inilah medal medal hasil ber 'virtual run' saya 😌. Baru 5. InshaaAllah more to come. Sambil bersenam, sambil kumpul medal. Dah jadi hobi baru pulak kumpul medal ni. Tapi tak boleh lawan 'otai2' kat group larian. Hebat hebat semua. Kita tumpang aura mereka. Supaya bersemangat nak buat sama-sama 😊 dan konsisten lakukannya. Terima Kasih Beauty&Health Ms.Fiza 0193901309 Pengedar Sah Sahklee ID : 1122551

Kenapa kita perlu bersenam?

Image
Kenapa kita digalakkan bersenam? Soalan mudah, tapi nak buat kadang rasa berat atau malas, betul tak? Seperti yang kita sedia maklum, bersenam sangat baik untuk kesihatan tubuh kita. Samada kita lakukan senaman ringkas di rumah, sekitar taman, gym atau dimana-mana sahaja mengikut keadaan dan keselesaan masing-masing. Apa kebaikan bersenam? Banyak kebaikan yang kita peroleh dengan melakukan aktiviti bersenam. Jom kita baca kebaikan bersenam di bawah ni. Kesihatan tulang Peningkatan usia akan menyebabkan berlakunya pengurangan mineral tulang. Senaman adalah salah satu cara untuk menguatkan tulang dan mencegah daripada kerapuhan tulang. Kesihatan jantung Bersenam bantu tingkatkan kesihatan jantung. Tindakbalas jantung menjadi lebih cekap dan efisien. Otot jantung juga semakin kuat. Dengan itu, risiko untuk mendapat penyakit jantung juga akan berkurang. Mengekalkan stamina dan lebih bertenaga Apabila anda menjadikan senaman sebagai rutin, tahap stamina akan menjadi sema...

3 Tips Mudah Untuk Kekal Sihat

Image
Semua orang nak sihat kan, takde yang nak jatuh sakit. Betul tak? Jadi kali ni saya nak kongsi tiga tips mudah untuk sentiasa kekal sihat. Kalau kita amalkan tiga tips ni insyaAllah sihat tubuh badan. Sebenarnya nak sihat banyak lagi cara yang perlu diamalkan tapi kali ni saya kongsi tips asas sahaja. Selebihnya boleh lah google ye awak. Tips Mudah Untuk Kekal Sihat Photo Credit : newsmax.com 1. Jaga pemakanan. Bila kita jaga pemakanan kita , inshaaAllah kesihatan kita juga akan terjaga. Penyakit yang datang tu kebanyakkannya bermula dari pemakanan. Cuba kalau kita tak hiraukan tentang pemakanan, semua nak 'masuk' je. Tak fikir pun tentang kalori, gula, kolestrol dan macam-macam lagi yang kalau diambil secara berlebihan ianya akan mengundang pelbagai penyakit. Photo Credit : hernandezcenter.com 2. Bersenam. Bersenam sangat baik untuk kesihatan tubuh. Samada kita lakukan senaman ringkas di rumah atau sekitar taman. Yang penting kita pastikan tubuh bergerak da...

Pentingnya menjaga kesihatan

Image
Photo credit : fitnesstalk.com.au Sebelum ni saya pernah kongsikan apa lifestyle yang saya inginkan. Cool, happy & healthy 😎 Yup, tulah lifestyle yang saya inginkan. Sentiasa bersederhana dan yang paling penting sihat 😊. Allah dah bagi macam-macam nikmat secara percuma jadi perlukah kita sia-siakan? Jadi nikmat kesihatan pun janganlah diabaikan. Nampak macam mudah. Macam tak nampak kesannya. Masa sihat memang la kita 'mudah lupa'. Tapi bila dah terlantar, dah jatuh sakit, dah tak tahu penawar atau dah macam-macam cara kita buat tapi tak berkesan jugak, masa tu barulah datang kesedaran akan nikmat Allah yang kita abaikan. Sebab tulah saya berusaha untuk sentiasa menjaga kesihatan. Jaga pemakanan walaupun 'selalunya main bantai je' 😅. Tapi still berpada-pada. Saya pastikan ada masa untuk bersenam atau buat aktiviti riadah walaupun 'agak jarang' tapi berusaha curi masa untuk lakukan. Dan cari inisiatif lain seperti pengambilan supleme...

Pentingnya bersenam/bersukan untuk kekal sihat

Image
Dulu masa sekolah memang tak suka bersukan atau apa-apa aktiviti lasak. Tak minat. Fullstop 😅 Masa study pun jarang nak join apa-apa aktiviti. Bukan tak minat bersosial tapi aktiviti-aktiviti macam tu memang langsung tak minat. Tapi bila dah semakin dewasa ni (cewah, ayat nak bagi sedap hati tak mengaku usia makin meningkat 😂) baru ada kesedaran betapa pentingnya aktiviti-aktiviti macam tu. Bukan sebab minat tak minat tapi sebab PENTINGNYA UNTUK KESIHATAN . Ya memang betul, aktiviti semua tu baik untuk kesihatan dan stamina. Sebab tu saya dah mula 'suka'. Takdelah nak pecut 100m ke atau marathon, sekurang-kurangnya berjogging atau cycling pun dah cukup 😊. Ikut kemampuan masing-masing. Kalau awak mampu buat semua tu pun tak jadi hal. Jangan pula kata nak bersenam sebab nak kurus semata-mata. Emm tu je la alasannya. Nope ! Ingat yang kurus tak boleh bersenam? habis yang kurus keding ni tak boleh bersenam ke? Disebabkan saya ni suka travel, dan kaki jalan, so ...