3 Tips Mudah Untuk Kekal Sihat

Semua orang nak sihat kan, takde yang nak jatuh sakit. Betul tak? Jadi kali ni saya nak kongsi tiga tips mudah untuk sentiasa kekal sihat. Kalau kita amalkan tiga tips ni insyaAllah sihat tubuh badan.

Sebenarnya nak sihat banyak lagi cara yang perlu diamalkan tapi kali ni saya kongsi tips asas sahaja. Selebihnya boleh lah google ye awak.

Tips Mudah Untuk Kekal Sihat

Photo Credit : newsmax.com
1. Jaga pemakanan.

Bila kita jaga pemakanan kita , inshaaAllah kesihatan kita juga akan terjaga. Penyakit yang datang tu kebanyakkannya bermula dari pemakanan. Cuba kalau kita tak hiraukan tentang pemakanan, semua nak 'masuk' je. Tak fikir pun tentang kalori, gula, kolestrol dan macam-macam lagi yang kalau diambil secara berlebihan ianya akan mengundang pelbagai penyakit.

Photo Credit : hernandezcenter.com
2. Bersenam.

Bersenam sangat baik untuk kesihatan tubuh. Samada kita lakukan senaman ringkas di rumah atau sekitar taman. Yang penting kita pastikan tubuh bergerak dan keluarkan peluh. Bersenam juga baik untuk kesihatan jantung. Lakukan dua atau tiga kali dalam seminggu. Nak hari-hari pun boleh. Tapi kalau sukar untuk luangkan masa memadailah seminggu sekali.

Photo Credit : goodtheraphy.org
3. Jaga emosi.

Kalau hari-hari tertekan/stress, boleh menyebabkan penyakit berbahaya jugak tau.Contohnya boleh menyebabkan serangan jantung atau lagi bahaya jika diserang stroke. Jadi, jaga emosi kita setiap hari. Kalau rasa nak marah ke cuba banyak-banyakkan istighfar atau minum air kosong banyak-banyak. Jangan biarkan emosi atau rasa tertekan menguasai diri. Emosi yang tidak stabil boleh mengganggu mood harian dan mengganggu aktiviti harian. Jadi pastikan emosi sentiasa dalam keadaan baik.

Tips yang mudah tapi kadang-kadang kita terlepas pandang dan ambil mudah.
Jadi lepas ni jaga dan hargai nikmat kesihatan yang Allah berikan.

Ingat, sihat sebelum sakit !

Selain tiga tips mudah diatas, saya juga mengamalkan pengambilan makanan tambahan bagi menyokong dan meningkatkan lagi tahap kesihatan saya.

Dan semestinya saya pilih produk-produk Shaklee.

Kenapa Shaklee? Banyak sangat sebab kenapa saya pilih Shaklee.

Boleh baca tentang Landmark Study Shaklee yakinkan saya untuk terus kekal setia dengan Shaklee . Inilah sebab utama saya pilih Shaklee dan masih setia dengan produk-produk Shaklee.

Of course selamat dan insyaAllah berkesan.

Kalau awak nak beli produk-produk Shaklee boleh hubungi saya atau beli secara online dengan menekan link di bawah.

BELI SECARA ONLINE

Harap tips ni beri manfaat buat anda semua.

Jom jaga kesihatan sama-sama 😊
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309

Comments

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)