Kenapa Hobi Penting?
Cakap pasal hobi, semua orang ada hobi kan. Macam saya pun macam-macam hobi, banyak sangat. Nak list satu-satu sampai esok tak habis tulis. Nanti naik menyampah pula orang baca 😂
Hobi ni biarlah sesuatu yang kita minat dan 'excited' nak buat. Bukan sebab orang suruh atau paksa kita. Tapi biarlah sesuatu yang seronok kita nak buat dan dalam masa yang sama dapat hilangkan stress dan biarlah ianya bermanfaat bagi kita.
Kenapa hobi sangat penting? Macam saya katakan tadi, hobi dapat hilangkan stress, dapat realisasikan impian kita, dapat capai minat kita, dapat apa yang kita nak. Dan hobi ni kalau orang pandai dan bijak urus boleh 'buat duit' tau. Jana pendapatan melalui hobi. Dah ramai orang buat. Kan bermanfaat tu. Betul tak?
Salah satu hobi saya ialah 'recording & editing'. Cuma hobi ni tak lah selalu dan hanya waktu-waktu tertentu sahaja saya buat.
Antara part yang saya suka ialah record moment indah masa travel. Dah kaki travel kan part tu la paling best nak record video, ye tak? hehe.. Record la banyak mana sampai full memory card pun takpe nanti pilih je yang terbaik then edit cantik-cantik sampai puas hati. Best kan. Ada kenangan indah yang dah direkodkan. Dah siap nanti boleh 'play' dan tengok la sampai naik muak 😂.
Apa manfaatnya? Banyak sangat. Bila travel of course la dapat rakam kenangan indah, tempat menarik dan gelagat-gelagat mencuit hati.
Tu secara keseluruhan apa yang orang nampak, tapi dari segi lain seperti kreativiti, passion, idea, explore, patient pun perlu untuk hasilkan video yang menarik. Ala boleh je record sesuka hati asalkan ada kenangan cukup. Yang ni bagi orang lain kut, tapi bagi saya tak. Saya akan record beberapa kali dan ambil banyak scene sampai puas hati. Sebab tu saya kata ambik la video sampai full memory card pun takpe, janji saya puas then nanti saya pilih mana yang memuaskan hati saya je.
Nak ambil video pun ada skill nya bagi yang nak hasil yang menarik. Dan perlu tahu bila scene yang perlu awak ambil. Dan kadang-kadang scene spontan pun menarik juga cuma make sure camera sentiasa ready dan setting camera kena sesuaikan. See, manfaatnya kat sini saya belajar teknik ambil video dengan cara yang betul, belajar editing dan macam-macam lagi.
Haa, jangan tak tahu hobi macam ni pun boleh buat duit tau. Cuma saya perlu banyak belajar lagi dan tambah ilmu & skill. Disebabkan ni hanya sekadar hobi, tak nak jadikan ia sebagai bebanan nanti jadi tak seronok. Biar buat cara relaks dan sempoi je. Nak siapkan satu video pun ambil masa jugak. Tak mo la buat ala kadar kan. Biarlah hasilnya buat kita tak jemu dan tertarik nak tengok lagi dan lagi dan lagi. Dan biarlah dapat puaskan hati sendiri. Saya tau saya bukanlah pro tapi belajar untuk ke arah itu. Yang pro tu pun mula dari zero. Mereka boleh kenapa saya tak boleh? Yang penting ada kesungguhan dan minat 😊. Haa sebab tu saya kata hobi ni penting. Sebab hobi ni pun terapi diri juga, ye tak.
Apa pula hobi korang?
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Comments
Post a Comment