Jauh Perjalanan Luas Pemandangan


Orang kata 'Jauh perjalanan luas pemandangan'.

Bagi saya maksud yang tersirat dengan ayat tu ialah bila kita mula explore atau pergi ke suatu tempat yang baru, barulah kita belajar banyak benda baru, pengalaman baru, budaya baru dan belajar sesuatu yang baru.

Bagi korang bagaimana pula? Setiap orang ada pendapat masing-masing kan.

Saya memang suka travel. Bukan sebab nak menunjuk 'hey aku dah pergi negara orang' 'aku dah pergi korang bila lagi' 'korang hado?' Nope, tu bagi orang yang otak dia tak betul 😏.

Tapi saya suka travel sebab tu antara impian saya, cara saya kenal diri saya. Eh jangan tak tahu, bila kita pergi ke suatu tempat baru, barulah kita tahu potensi kita, cabar diri kita and of course kita belajar benda baru. Tak kisahlah untuk berseronok atau sebagainya.

Banyak kenangan dan peristiwa manis pahit sepanjang pergi ke negara orang. Macam-macam yang saya lalui. Disitulah saya buka mata 'oh kat sini tak boleh macam ni' 'eh kenapa buat macam ni?' 'Eh kenapa mereka takde benda ni?' 'Disini peraturannya lain la' dan banyak lagi persoalan 😅

Dan antara travel saya yang sangat mencabar bagi saya (bagi saya la kut😅) ialah semasa ke jepun hujung tahun 2016. Haa masa ni lebih banyak BERJALAN KAKI berbanding naik kenderaan. Orang yang jarang-jarang exercise macam saya ni memang cepat pancit 😂. Pernah satu hari tu sampai 33K step. Saya yang jarang-jarang exercise ni pun rasa 'woww, step aku ke ni?' 😱 maunya tak terkejut. Rasa nak tercabut dah kaki ni. Penat dan sakit yang amat.

Takyah compare la dengan orang jepun. Diorang tu dah 'biasa'. pergi keje pun jalan kaki tak pun naik basikal. Takde pun merungut. Masa tu barulah rasa bersyukur hidup di Malaysia 😂.

See, tu pengalaman baru la kan. Cabar diri sendiri. Walaupun rasa serik but after that ada kemanisan dan sesuatu yang saya belajar.

Sepanjang kat sana alhamdulillah kesihatan terjaga. Walaupun cuaca tak baik sangat. Dengan hujannya. Siap beli raincoat kat sana. But alhamdulillah sihat-sihat je. Well, shaklee saya usung ke mana saja 😆. Tu kan 'teman baik' saya. Tak nak la tengah sedap-sedap bercuti jatuh sakit pula. Tapi kalau benda nak jadi, jadi juga. Sekurang-kurangnya saya dah buat persediaan sebelum terjadi kan. Kata orang 'Sediakan payung sebelum hujan'.😊

Semoga dimurahkan rezeki untuk ke sana lagi. Amiinn.

Korang nak tau tak suplemen shaklee apa saya bawa masa ke Jepun tu?

Tak banyak mana pun, saya bawa Vitamin C dan Ostematrix. Actually nak bawa yang lain-lain jugak tapi disebabkan bajet tak cukup, dah banyak guna untuk ke sana saya bawa je dua tu. Alhamdulillah saya sihat sepanjang di sana.

Tapi saya suggest bawa Nutriferon jugak. Kenapa Nutriferon? Haa yang ni pilihan ramai bagi traveller. Sebab Nutriferon ni 'Tingkatkan Sistem Imunisasi/Pertahanan Tubuh'. Boleh baca tentang Nutriferon disini .

Kalau korang nak tahu apa lagi yang perlu dibawa selain suplemen di atas tu boleh contact saya ye 😉
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309

Related Post

Comments

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)