Tips Hilangkan Stress/Tekanan

Tips Hilangkan Stress/Tekanan
Photo Credit : slideshare.net
Dalam hidup ni kalau tak rasa stress atau tertekan bukan normal lah jawabnya. Stress atau tekanan ni boleh berlaku dari pelbagai sudut dan punca. Berpunca dari hal keluarga, rumah-tangga, rakan-rakan, kerjaya, gaya hidup dan banyak lagi.

Keadaan tersebut boleh mengganggu emosi dan mood harian kita. Tekanan yang dilalui bagi setiap orang juga adalah berbeza dan cara menangani dan mengatasinya jua berbeza.

Ada orang dia boleh lalui dengan keadaan tenang, relaks, cool, macam takde apa-apa berlaku. Tapi ada yang sukar untuk mengawal emosi dan tekanan tersebut. Emosi yang boleh bertukar menjadi amarah, apabila dibiarkan boleh membahayakan kesihatan. Jangan tak percaya, serangan jantung atau stroke boleh menimpa seseorang hanya kerana terlalu tertekan dan stress yang tidak dapat dikawal. Tak pun boleh jadi gila. Sebab tu kena pandai kawal emosi agar tidak terlalu menekan diri dan memakan diri.

Jadi kali ni saya ingin kongsi beberapa tips bagaimana mengatasi masalah stress atau tekanan dalam kehidupan harian.

Tips Menghilangkan Stress/Tekanan

1. Istighfar

Bagi setiap muslim, digalakkan banyakkan beristighfar bagi menenangkan hati dan sebagai muhasabah diri. Bukan setakat dapat menenangkan hati, malahan dapat ganjaran pahala. Jadi, bila rasa susah hati ke, rasa nak marah ke, rasa tak sedap hati ke banyak-banyakkanlah beristighfar. Tak semestinya bila stress je baru ingat nak beristighfar. Tapi sebaiknya setiap masa dan dimana pun kita berada.

2. Mendengar muzik atau lagu

Cara ni ramai yang pilih kan. Betul tak? Cuma jenis muzik atau lagu je yang berbeza. Ada orang dia lebih suka dengar lagu yang mendayu-dayu, ada pula yang suka dengar muzik sahaja tanpa lagu atau ada yang lebih suka dengar lagu kegemaran bila dihantui tekanan. Ikutlah mana-mana yang awak suka tapi sebaiknya biarlah muzik yang perlahan. Bukan muzik yang rancak. Nanti bertambah pening kepala bila dengar. Lagi bagus kalau dengar ayat-ayat alquran. Hati pun rasa sejuk dan tenang je. Tapi kalau dengar ayat alquran pun tak rasa apa-apa..emmmm memang ada yang tak kena tu.

3. Minum air kosong

Cara paling mudah. Tapi pastikan air kosong sentiasa ada di sisi lah ye. Kenapa minum air kosong? Sebahagian besar badan kita termasuklah otak terdiri daripada air. Apabila tubuh mengalami dehidrasi, badan dan minda kita mudah mengalami stress. Sebab tulah kita disyorkan banyakkan pengambilan air kosong.

4. Solat sunat

Solat dapat menenangkan hati dan minda. Tapi dalam keadaan emosi yang tak stabil boleh solat dengan kusyuk ke? Kena betulkan niat dan amalkan juga solat sunat selain solat fardhu.

Solat dhuda sebelah pagi dan solat tahajjud tengah malam. Luahkanlah isi hati kita. Mengadu padaNya. InsyaAllah hati akan lebih tenang.

4. Tidur

Yang ni nampak mudah. Tidur adalah satu satu cara untuk merehatkan minda dan tubuh. Tapi tidur yang bagaimana? Tidur yang berkualiti dan cukup pada waktu yang ditetapkan. Tidur yang cukup dapat mengecas semula tenaga kita dan membantu menstabilkan emosi kita.

5. Membaca alquran

Membaca alquran bukan sahaja dapat ganjaran pahala malah dapat menenangkan jiwa. Cuba amalkan baca alquran setiap hari. Sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Tapi sebaiknya bacalah sebanyak yang mungkin. Bukan setakat dapat ganjaran pahala malah ianya adalah bekalan kita di akhirat nanti.

6. Bersenam

Banyaknya kebaikan bersenam, selain untuk menyihatkan tubuh badan tapi ia juga membantu menstabilkan emosi. Lakukan senaman sekurang-kurangnya seminggu sekali seperti berjogging, berbasikal, berjalan mengelilingi taman atau bermain badminton. Bersenam bantu melancarkan peredaran darah dengan baik.

7. Melihat keindahan alam

Nikmatilah keindahan alam yang Allah ciptakan disekeliling kita. Biasanya keindahan alam yang kehijauan bantu menenangkan hati dan minda. Kalau kawasan bandar mana nak cari kehijauan tu? Nak kena masuk hutan ke? Haa carilah mana-mana tempat yang awak rasa cukup menenangkan.

8. Bercuti

Yang ni salah satu terapi jiwa yang sangat menyeronokkan. Siapa tak suka bercuti? Bercuti dekat-dekat pun jadilah yang penting dapat tenangkan fikiran, lupakan keadaan serabut di tempat kerja atau masalah-masalah di sekeliling. Rehatkan diri dengan bercuti. Cuba lupakan seketika masalah yang membelenggu diri yang membuatkan hati dan fikiran terganggu penyebab stress dan tekanan emosi.

9. Pengambilan makanan tambahan

Makanan tambahan bantu hilangkan stress? Ada je sebenarnya contohnya pengambilan Vitamin B Complex Shaklee. Vitamin BComplex Shaklee bantu mengurangkan stress dan bantu mood jadi lebih baik.

Itulah tips yang ingin saya kongsikan. Jangan stress-stress, ok. Hidup kena enjoy dan happy selalu.

Harap tips di atas membantu.

Nak order Vitamin B Complex Shaklee?

Boleh hubungi saya atau beli secara online.

BELI ONLINE

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309


Comments

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)