Posts

Showing posts with the label itinerary

Kompleks Kraf Langkawi

Image
Walaupun dah dua kali berkunjung ke Langkawi, namun ini kali pertama saya jejakkan kaki ke Kompleks Kraf Langkawi. Apa yang menarik di sini? Di sini ada macam-macam pameran seni, dan di sini juga ada terdapat pelbagai jualan yang berasaskan kraf hasil seni penduduk tempatan. Ada pakaian, baju, tudung, dan beberapa barang yang boleh dijadikan sebagai ole-ole dan tanda kenang-kenangan. Di sini juga terdapat beberapa peniaga yang menjual makanan tradisional. Kawasan kompleks ini agak besar, jadi anda boleh dapatkan peta terlebih dahulu untuk mengetahui lokasi lokasi tertentu. Peta boleh didapati di bahagian kaunter di pintu utama. Atau anda boleh bertanya dengan pekerja-pekerja di situ. Sesuai dijadikan tempat yang harus dilawati seisi keluarga. Terima Kasih, Beauty&Health, Ms.Fiza 0193901309 Pengedar Sah Shaklee ID : 1122551

Galeria Perdana Langkawi

Image
Bercuti ke Langkawi haruslah singgah ke Galeria Perdana jika anda belum pernah menjejakkan kaki ke sini. Apa yang menarik di sini? Di sini kita boleh lihat hadiah atau sumbangan yang diberikan kepada Tun Dr.Mahathir. Dari dalam negara mahupun dari luar negara. Dan kita juga boleh melihat pelbagai pameran yang menarik. Saya sangat teruja meninjau apa yang ada didalam galeria ini. Perasaan kagum dan rasa bertuah mempunyai pemimpin dan pemerintah seperti Tun. Kawasan galeria perdana ini agak luas dan sangat selesa. Boleh dijadikan sebagai tempat yang harus dilawati bersama keluarga. Tiket masuk pula hanya RM5 pada ketika ini (2018), tidak terlalu mahal bukan? Jadi bagi anda yang berniat untuk bercuti ke Langkawi, apa kata masukkan Galeria Perdana dalam itinerary anda. Selamat bercuti. Semoga perjalanan percutian anda dipermudahkan. Terima Kasih, Beauty&Health, Ms.Fiza 0193901309 Pengedar Sah Shaklee I...

Makam Mahsuri Langkawi

Image
Ini kunjungan kali ke3 saya di Makam Mahsuri. Apa yang boleh saya katakan, banyak sangat perubahan tempat ni, kawasan semakin luas dan pelbagai gerai dan tempat makan disediakan. Langkawi merupakan tempat pelancongan terkenal. Saban hari dikunjungi oleh pelancong luar mahupun dalam negara. Sebab tu kawasan ini semakin diperhebat. Memang banyak perubahan, sangat mengagumkan. Walaupun cuaca agak panas, namun tempat ini tetap menerima ramai pengunjung. Sangat sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga. Boleh mengetahui kisah disebalik cerita Mahsuri dan kenapa kisahnya menjadi begitu terkenal. Jadi bagi anda yang bercadang untuk ke Langkawi, Makam Mahsuri adalah destinasi wajib anda singgah.  Semoga entry saya yang ringkas ni beri info yang anda cari :) Selamat bercuti. Terima Kasih, Beauty&Health, Ms.Fiza 0193901309 Pengedar Sah Shaklee ID : 1122551