Posts

Showing posts with the label exercise

Senaman penting untuk kekal sihat

Image
Nak sihat ni bukan sekadar jaga makan dan makan suplemen semata-mata. Tapi bersenam juga adalah salah satu langkah yang harus dilakukan untuk kekal cergas dan sihat. Ada banyak jenis senaman yang boleh kita lakukan, samada berjogging, berjalan keliling taman, berlari, aerobik, menari, atau aktiviti sukan yang lain. Sebelum ni saya buat exercise dalam rumah je, tapi bila dah 'terjebak' dalam #virtualrun ni, tempat larian ada beberapa tempat dah. Tapi selalunya halaman rumah je 😅 Janji buat. Setakat ni, inilah medal medal hasil ber 'virtual run' saya 😌. Baru 5. InshaaAllah more to come. Sambil bersenam, sambil kumpul medal. Dah jadi hobi baru pulak kumpul medal ni. Tapi tak boleh lawan 'otai2' kat group larian. Hebat hebat semua. Kita tumpang aura mereka. Supaya bersemangat nak buat sama-sama 😊 dan konsisten lakukannya. Terima Kasih Beauty&Health Ms.Fiza 0193901309 Pengedar Sah Sahklee ID : 1122551

Kenapa kita perlu bersenam?

Image
Kenapa kita digalakkan bersenam? Soalan mudah, tapi nak buat kadang rasa berat atau malas, betul tak? Seperti yang kita sedia maklum, bersenam sangat baik untuk kesihatan tubuh kita. Samada kita lakukan senaman ringkas di rumah, sekitar taman, gym atau dimana-mana sahaja mengikut keadaan dan keselesaan masing-masing. Apa kebaikan bersenam? Banyak kebaikan yang kita peroleh dengan melakukan aktiviti bersenam. Jom kita baca kebaikan bersenam di bawah ni. Kesihatan tulang Peningkatan usia akan menyebabkan berlakunya pengurangan mineral tulang. Senaman adalah salah satu cara untuk menguatkan tulang dan mencegah daripada kerapuhan tulang. Kesihatan jantung Bersenam bantu tingkatkan kesihatan jantung. Tindakbalas jantung menjadi lebih cekap dan efisien. Otot jantung juga semakin kuat. Dengan itu, risiko untuk mendapat penyakit jantung juga akan berkurang. Mengekalkan stamina dan lebih bertenaga Apabila anda menjadikan senaman sebagai rutin, tahap stamina akan menjadi sema...

Polifenol baik untuk tingkatkan stamina

Image
Photo Credit : dailyhealthpost.com Tahap stamina anda penting untuk menentukan prestasi dan produktiviti anda sepanjang hari. Golongan dewasa terutamanya amat memerlukan tenaga untuk mengekalkan tahap stamina. Anda boleh mengembalikan semula stamina anda dengan Polifenol. Apakah itu POLIFENOL? Polifenol adalah sekumpulan sebatian yang dihasilkan dari tumbuhan dan buahan. Polifenol memberi warna sambil melindungi tumbuhan tersebut daripada penyakit dan jangkitan. Ianya merupakan antioksidan yang kuat dan perangsang tenaga di dalam sel dan meningkatkan kesihatan yang hebat. Dimanakah Polifenol boleh di dapati? Polifenol boleh di dapati melalui buahan seperti buah beri, ceri, delima, epal. Selain itu Polifenol juga boleh di dapati melalui kacang dan teh hijau. Campuran unik ini memberikan anda 16 jenis polifenol untuk meningkatkan stamina anda. Bagaimana Polifenol bertindak? Meningkatkan Tenaga Sel Sel kita mengandungi mitokondria yang dikenali sebagai 'penjana te...

Pentingnya bersenam/bersukan untuk kekal sihat

Image
Dulu masa sekolah memang tak suka bersukan atau apa-apa aktiviti lasak. Tak minat. Fullstop 😅 Masa study pun jarang nak join apa-apa aktiviti. Bukan tak minat bersosial tapi aktiviti-aktiviti macam tu memang langsung tak minat. Tapi bila dah semakin dewasa ni (cewah, ayat nak bagi sedap hati tak mengaku usia makin meningkat 😂) baru ada kesedaran betapa pentingnya aktiviti-aktiviti macam tu. Bukan sebab minat tak minat tapi sebab PENTINGNYA UNTUK KESIHATAN . Ya memang betul, aktiviti semua tu baik untuk kesihatan dan stamina. Sebab tu saya dah mula 'suka'. Takdelah nak pecut 100m ke atau marathon, sekurang-kurangnya berjogging atau cycling pun dah cukup 😊. Ikut kemampuan masing-masing. Kalau awak mampu buat semua tu pun tak jadi hal. Jangan pula kata nak bersenam sebab nak kurus semata-mata. Emm tu je la alasannya. Nope ! Ingat yang kurus tak boleh bersenam? habis yang kurus keding ni tak boleh bersenam ke? Disebabkan saya ni suka travel, dan kaki jalan, so ...