10 Cara Mengurangkan Ketagihan Merokok
credit photo : telegraphindia.com Kepada awak yang mempunyai tabiat suka merokok tapi nak BERHENTI MEROKOK, memang susah bagi awak kan. Halangan besar bagi awak adalah KEINGINAN nak merokok. Niat tu dah ada tapi kalau sekadar niat tapi tak ikhtiar sampai dah ' goal ' atau 'dapat penyakit' baru sibuk nak berhenti. Masa tu dah terlambat bagi awak. Kalau awak merokok tak menyusahkan sesiapa takpelah awak merokok lah sampai bila-bila. Tapi awak jangan lupa awak ada keluarga, saudara-mara dan sahabat disekeliling. Bila jadi apa-apa pada awak , mereka ni juga akan terjejas. Haa lagi satu, masa awak tengah merokok tu, orang sekeliling awak juga terima kesan negatif juga tau. Bagaimana? Melalui asap rokok yang awak hembus tu la. Malah yang tak merokok tapi terhidu asap rokok ni lagi tinggi risiko dapat penyakit berbahaya berbanding si perokok itu sendiri. Bukankah awak dah menyusahkan orang lain? 😏 Jadi, berubahlah sebelum terlambat. Peluang sentiasa ada bagi yang nak ...