10 Cara Mengurangkan Ketagihan Merokok

Cara Mengurangkan Ketagihan Merokok
credit photo : telegraphindia.com
Kepada awak yang mempunyai tabiat suka merokok tapi nak BERHENTI MEROKOK, memang susah bagi awak kan. Halangan besar bagi awak adalah KEINGINAN nak merokok. Niat tu dah ada tapi kalau sekadar niat tapi tak ikhtiar sampai dah 'goal' atau 'dapat penyakit' baru sibuk nak berhenti. Masa tu dah terlambat bagi awak.

Kalau awak merokok tak menyusahkan sesiapa takpelah awak merokok lah sampai bila-bila. Tapi awak jangan lupa awak ada keluarga, saudara-mara dan sahabat disekeliling. Bila jadi apa-apa pada awak , mereka ni juga akan terjejas. Haa lagi satu, masa awak tengah merokok tu, orang sekeliling awak juga terima kesan negatif juga tau. Bagaimana? Melalui asap rokok yang awak hembus tu la. Malah yang tak merokok tapi terhidu asap rokok ni lagi tinggi risiko dapat penyakit berbahaya berbanding si perokok itu sendiri. Bukankah awak dah menyusahkan orang lain? 😏

Jadi, berubahlah sebelum terlambat. Peluang sentiasa ada bagi yang nak berubah. Cuma perlu kuat dan istiqomah je. Dah macam entry motivasi pulak daa 😂 Ok, mari baca 10 cara kurangkan ketagihan merokok. Semoga bermanfaat 😊

1. Mindset
Ya, mindset ni berperanan penting. Setkan dalam minda awak yang awak nak BERHENTI MEROKOK UNTUK SIHAT. Bukan mudah bagi awak tapi kalau awak tekad nak buat dan awak dah set dalam fikiran awak yang awak betul-betul nak berhenti , awak mesti boleh buat. Ingat nikmat sihat tidak ternilai tau. Jangan dah terlantar nanti baru menyesal.

2. Berkira Pada Diri Sendiri
Apa maksudnya berkira pada diri sendiri ni? Cuba awak kira berapa banyak duit awak yang lebur setiap bulan untuk beli rokok? Dan kira pula dalam setahun. Berapa? Banyak kan. Dah tu harga rokok pula semakin naik bukan semakin turun. Kalau awak beli benda lain atau mungkin duit tu awak boleh guna untuk pergi melancong, kan lebih baik. Jadi cuba jadi 'kedekut' dengan diri sendiri. Setiap kali rasa nak beli rokok awak ingat balik berapa wang yang telah hangus sebelum ni? Banyak lagi benda berfaedah untuk awak sepatutnya gunakan berbanding beli rokok tu. Betul tak?

3. Sibukkan Diri
Bila rasa nak merokok tu, cuba buat-buat sibuk. Sibukkan diri dengan kerja atau aktiviti lain. Jadi awak akan rasa 'tiada masa untuk merokok'. Buat aktiviti yang mencabar atau tolong orang sekeliling. Dengan cara tu masa dan duit awak tidak terbuang dengan menghisap rokok.

4. Bersukan Atau Bersenam
Banyakkan aktiviti bersukan atau bersenam. Contohnya bermain futsal, badminton, berbasikal, berjogging dan sebagainya. Biasakan diri lakukan aktiviti-aktiviti seperti ini. Jadi bila awak dah biasa minda awak akan hanya fikir tentang kesihatan. Sebab aktiviti bersukan dan bersenam sangat baik untuk tingkatkan stamina dan kesihatan. Awak akan terdorong untuk tidak membuat sesuatu yang boleh jejaskan kesihatan awak. Kalau tak, sia-sia awak bersenam bagai kan. Tapi awak sendiri rosakkan diri.

5. Bergaul Dengan Orang Yang Tidak Merokok
Ya, ini sangat penting. Kenapa? Sebab bila awak bergaul dengan mereka yang tidak merokok, bila awak rasa nak merokok awak akan rasa bersalah dan rasa malu. Lagi satu, awak boleh menjadi punca mereka mendapat penyakit berbahaya disebabkan sikap pentingkan diri awak tu. Bergaul dengan mereka yang tidak merokok juga buat awak rasa positif. Bila awak berniat nak berhenti merokok, orang sekeliling juga adalah halangan besar bagi awak. Bila awak nampak kawan-kawan awak merokok, awak pun nak ikut sekali.Betul tak? Pengaruh kawan ni lain macam kan. Sebab tu kena elakkan dari mereka yang merokok.

6. Luangkan Masa Bersama Keluarga
Tatap wajah keluarga awak, ibu bapa awak. Sanggupkah awak jadi 'penyebab' mereka menghidap penyakit berbahaya? Tatap anak-anak awak, kanak-kanak lagi mudah menjadi 'mangsa'. Jadi jangan biarkan mereka mendapat penyakit disebabkan tabiat merokok awak tu. Tunjukkan sikap positif. Anak-anak mudah mengikut apa yang dilihat terutama ibubapa. Jadi awak sebagai ibubapa juga tak nak anak awak merokok bila dah besar nanti kan. Tunjukkan sikap yang baik.

7. Minum Air Kosong
Setiap kali keinginan nak merokok tu datang awak minum air kosong. Minum banyak-banyak pun takpe. Sekurang-kurangnya ia juga bantu hilangkan rasa nak merokok tu. Elakkan minum air yang berkafien seperti kopi dan teh. Ini akan membuatkan awak nak merokok lepas meminumnya.

8. Berpuasa
Yang ni kalau dah biasa buat lagi bagus. Walaupun bukan bulan puasa (bulan ramadhan) tapi awak masih boleh puasa juga. Puasa apa? puasa sunat la awak. Haa puasa sunat hari isnin dan khamis. Kalau nak puasa sunat lain pun boleh. Lagi bagus. Masa puasa kan tak boleh merokok. Tapi bila waktu berbuka jangan pula awak melantak satu kotak rokok tu, sia-sia je la jawabnya 😏

9. Kunyah Chewing Gum Atau Hisap Gula-gula
Sediakan chewing gum dalam poket. Tapi pilih chewing gum yang tidak mengandungi gula. Atau sediakan gula-gula. Jangan gula-gula manis pula nanti tak pasal-pasal kena diabetes sebab asyik hisap gula-gula je. Setiap kali awak nak merokok awak kunyah je chewing gum atau hisap gula-gula.

10. Snek Buah-Buahan
Sediakan buah-buahan sebagai snek. Bila rasa nak merokok tu cepat-cepat makan snek buah-buahan. Bukan snek perisa buah tau tapi buah-buahan yang awak dah potong dan simpan dalam bekas. Ni lebih baik berbanding snek makanan ringan perisa buah tu 😃

Tapi kalau dah cuba macam-macam tak jalan juga, bagaimana?

Apa kata kalau awak ikhtiar dengan Vivix Shaklee pula.

Bagaimana Vivix membantu?


Ok mari baca mekanisme utama Vivix,

1. Membantu melindungi dan memperbaiki DNA.
2. Memberi impak positif pada proses genetik DNA.
3. Meransang Mitokondria.
4. Melambatkan pembentukkan protein AGE (Advanced Glycation End Products).

Salah satu punca DNA kita rosak adalah disebabkan radikal bebas. Radikal bebas tu ape benda? 'Radikal bebas' tu adalah istilah yang sering digunakan untuk menggambarkan sel-sel rosak yang menimbulkan masalah. Radikal bebas ni 'bebas' kerana mereka telah hilang molekul kritikal, yang akan merosakkan molekul lain apabila berpasangan dengannya. Molekul-molekul ni akan 'merampas' mana-mana molekul untuk menghilangkan keperluan itu. Apabila radikal bebas menyerang, bukan sahaja membunuh sel-sel untuk memperoleh molekul hilang tetapi turut 'mencederakan' sel atau 'merosakkan' DNA yang mewujudkan satu benih bagi penyakit.

Mana datangnya radikal bebas tu? Tengok je la bahan-bahan kimia yang terkandung dalam rokok tu. Dah tentu banyak radikal bebas yang terhasil. Betul tak?

So, MUSUH UTAMA radikal bebas ni adalah 'Antioksidan' dan sumber antioksidan yang paling banyak ialah Vivix 😁. Bahan utama Vivix iaitu Resveratrol yang mempunyai banyak khasiat dan kelebihan. Resveratrol adalah sebahagian daripada Polyphenols yang bertindak seperti Antioksidan iaitu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Cara Mengurangkan Ketagihan Merokok

 Testimoni Vivix Shaklee


Cara Mengurangkan Ketagihan Merokok

Cara Mengurangkan Ketagihan Merokok

Cara Mengurangkan Ketagihan Merokok

Cara Mengurangkan Ketagihan Merokok

Cara Mengurangkan Ketagihan Merokok

Cara Mengurangkan Ketagihan Merokok


Jadi, bagi awak yang berazam atau berniat untuk berhenti merokok, boleh la cuba Vivix Shaklee. But don't expect minum sekali terus berhenti ye awak. Kena consistant la beb. Kalau dah perokok tegar tu ingat senang ke nak berhenti terus 😏. No no no. Yang penting semangat kena kuat, ikhtiar dan usaha. Istiqomah ye 😊 Jangan hari ni nak stop esok dah sekotak habis 😏. Apa-apa pun berbalik pada diri sendiri juga, ye tak?

Cara Mengurangkan Ketagihan Merokok
Nak tempah Vivix?
Boleh hubungi nombor yang tertera di bawah

atau

BELI VIVIX ONLINE

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)