5 Tips tarik minat anak anda untuk makan makanan berkhasiat


Mesti ibu-ibu kat luar sana runsing bila anak tak suka makan, atau makan tapi nak makanan yang dia suka je. Lagi runsing kalau anak hanya suka makan makanan ringan. Mana nak dapatkan khasiat tu? Sedangkan kita sedia maklum kanak-kanak perlukan khasiat untuk tumbesaran mereka. Macam-macam cara si ibu buat untuk tarik perhatian si anak. Tapi 'tak jalan' juga. Terpaksa guna cara 'kuasa veto'. Apa caranya tu? Cara 'paksa'lah 😂 Tapi sampai bila? Takkan setiap kali waktu makan awak macam nak berperang kan. Keadaan ni buat si anak rasa tak selesa tau. Bertambah dia tak suka nak makan.

Habis tu macamana?

Mari kita baca tips-tips di bawah. Mungkin membantu ibu-ibu kat luar sana.

1. Ajak anak sediakan makanan

5 Tips tarik minat anak anda untuk makan makanan berkhasiat
Photo source : google
Bila awak nak beli barang-barang dapur tu contoh nak beli sayur ke beli buah ke ajak anak awak. Suruh mereka buat pilihan. Sekurang-kurangnya mereka rasa seronok dan ingin makan apa yang mereka pilih. Tapi sekiranya mereka tak suka juga buat cara lain supaya mereka tertarik nak libatkan diri.

Sampai waktu nak sediakan makanan dan ketika nak masak, ajak mereka lakukan sekali. Awak boleh ajak anak awak berbual-bual dan selitkan kebaikan setiap bahan yang awak guna untuk memasak. Biar santai dan bersahaja. Janganlah awak cerita tahap budak universiti. Mereka tak faham, fikiran mereka tak sampai ke situ lagi.

Contoh, awak cerita 'bila kita makan sayur bayam, kita akan jadi kuat dan sihat. Bila sihat kita boleh buat macam-macam. Macam popoye'😂. tu contoh je. Zaman sekarang budak-budak dah tak tengok popoye dah.

2. Jangan paksa mereka makan

5 Tips tarik minat anak anda untuk makan makanan berkhasiat
Photo source : google
Bila awak paksa samalah dengan awak ugut dia. Kalau ada orang ugut awak buat sesuatu yang awak tak suka awak pun taknak kan. Macam tu jugalah anak awak. Pujuk lebih baik dari paksa mereka. Mungkin awak boleh pujuk atau umpan anak awak dengan cara bagi ganjaran bila mereka habiskan hidangan anda.

Contoh, 'kalau sayang habiskan nasi ni, hujung minggu ni mama bawa jalan-jalan'. Jadi mereka akan berusaha habiskan dan seronok dengan pujukan tu.

3. Makan bersama-sama

5 Tips tarik minat anak anda untuk makan makanan berkhasiat
Photo source : google
Biasanya anak-anak ni lebih cenderung ikut atau tiru apa yang ibubapa dia buat. Betul tak? Jadi apakata kalau awak makan bersama-sama dengan mereka. Bila dia selalu nampak awak makan sayur, mesti dia ikut juga.

Saya pernah terbaca satu artikel dalam facebook. Tak ingat siapa pemiliknya. Dia amalkan makan satu pinggan besar dengan anak-anaknya. Ada baiknya juga. Sebab dia kata masa ni la dia boleh luangkan masa dengan anak-anak dia. Boleh tanya aktiviti harian mereka. Dengan cara tu boleh eratkan lagi ikatan kekeluargaan. Nice 💕

4. Hias makanan mereka

5 Tips tarik minat anak anda untuk makan makanan berkhasiat
Photo source : dolphin.com
Pernak tengok 'bento' orang korea atau jepun? Apa bento tu? Bento tu bahasa jepun maksudnya 'lunch box'. Dalam tu macam-macam ada dan dihias dengan menarik. Yang ni perlukan kreativiti. Kalau tangan awak tu tak berseni takpelah. Hiaslah apa-apa cara sekalipun yang penting anak awak tertarik. Ala sekarang ni zaman siber, google je. Belajarlah, apa salahnya. Bukan rugi pun. Untung-untung bertanbah ilmu awak tu.

Cuba buat karakter kartun yang anak awak suka. Pelbagaikan setiap kali waktu makan. Mungkin waktu pagi buat bentuk lain, waktu tengahari dan malam bentuk lain. Mungkin dengan cara ni mereka akan lebih tertarik dan ternanti-nanti apa hidangan mereka seterusnya. Mungkin juga awak boleh buat sama-sama dengan anak awak? why not? sama-sama belajar, jadi dengan cara tu boleh habiskan masa bersama. Betul tak?

5. Pelbagaikan makanan berkhasiat

5 Tips tarik minat anak anda untuk makan makanan berkhasiat
Photo source : google
Anak-anak tak suka makan sayur dan buah-buahan dah selalu kita dengar. Tapi tak tahu macamana nak ajak mereka supaya sukakannya. Sebab kita tahu sayur-sayuran dan buah-buahan adalah makanan yang sangat penting kerana itulah sumber nutrien dan khasiat bagi tumbesaran mereka. Jadi bagaimana caranya?

Cuba pelbagaikan penyediaan makanan mereka. Contoh mungkin awak boleh buat salad agar nampak lebih menarik. Atau awak boleh cuba kisar? Contoh kalau mereka suka makan burger, lebihkan sayur dan daging di dalamnya. Atau mereka suka jus buah, awak cuba kisar dan banyakkan buah tapi jangan letak gula, gantikan dengan madu.

Sebenarnya banyak lagi cara tarik minat mereka. Awak sebagai ibubapa kena cari jalan. Tapi kalau dah cuba tips di atas tak jalan juga macamana? Ok saya cadangkan cara lain pula.

Bagi anak anda Meal shakes Shaklee.

5 Tips tarik minat anak anda untuk makan makanan berkhasiat

Kenapa Meal shakes Shaklee?

Menyediakan nutrien yang lengkap bagi kanak-kanak
Meal shakes mengandungi 24 jenis vitamin penting dari vitamin A hingga Z dan mineral surih. Kekurangan vitamin akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin yang menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi Soya Lecithin yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

Bantu tingkatkan proses tumbesaran
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Sebagai agen detoksifikasi
Kaya dengan serat larut yang membantu untuk mengeluarkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. Mealshakes bantu cegah atasi masalah sembelit yang sering berlaku kepada kanak-kanak.

Menyediakan bekalan nutrien utama untuk sel 
Kaya dengan protein dan tidak mengandungi laktosa yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut, organ, darah, sel-sel vaksin yang lain-lain. Meal shakes juga bantu tingkatkan sistem pertahanan kanak-kanak agar tidak mudah diserang penyakit.

Sebagai agen antioksidan
Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan komponen antioksida untuk melawan penuaan. Kanak-kanak juga mudah terdedah dengan radikal bebas yang boleh melemahkan sel badan mereka.

Rasa yang sedap
Meal shakes mempunyai rasa yang enak dan lazat dengan fruktosa semulajadi, penambahan nutrien yang perlu untuk badan. Yang penting selamat dan baik untuk kanak-kanak kerana tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.

Baik untuk kesihatan kulit
Mengandungi vitamin B-Complex, zat besi, dan copper untuk membentuk sel-sel darah merah yang sihat. Sekaligus meningkatkan warna kulit muka dan mencantikkan kulit anak anda.

Haa nampak tak banyaknya kebaikan Meal shakes. Dah cukup bagi memenuhi nutrien dan khasiat buat anak awak. Bancuh je dengan minuman kesukaan mereka. Sedap pun sedap.

Sebagai ibubapa yang prihatin mesti awak nak yang terbaik buat anak awak kan. Nak pastikan mereka dapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Kan?

5 Tips tarik minat anak anda untuk makan makanan berkhasiat

Macamana nak dapatkan Mealshakes ni?

Boleh hubungi saya untuk tempahan atau beli secara online guna kad kredit dengan menekan link di bawah.

BELI ONLINE DISINI

 Semoga tips diatas membantu.
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309

Comments

  1. Tips yang menarik..lagi2 bab makan bersama tu..memang bila ramai2, anak pun tambah selera..

    Cara Mudah Atasi Ruam Susu Pada Bayi Baru Lahir

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)