8 Tips Kurangkan Berat Badan Secara Sihat

8 Tips Kurangkan Berat Badan Secara Sihat
photo source : pixabay.com
Sesetengah dari kita akan berasa tidak yakin dengan keadaan fizikal. Samada disebabkan masalah kulit pada wajah, penampilan, berat badan dan sebagainya. Tapi topik kali ni saya nak cerita tentang berat badan. Ya, berat badan. Ada yang runsing bila berat badan terlalu ringan ada pula yang risau bila berat berlebihan. Tapi selalunya disebabkan berat yang berlebihanlah kan 😏

Berat badan yang berlebihan akan berisiko menghidap pelbagai penyakit. Tapi yang kurus tu jangan senang hati sangat. Sebab kurus belum tentu sihat.

Berat badan berlebihan atau gemuk atau juga obesiti, antara perkataan yang tak gemar kita dengar. Bukan sekadar tak suka, tapi buat kita rasa tak yakin dan rendah diri. Betul tak? Mungkin ada yang tak kisah tapi tipulah kalau langsung tak kisah. Sepatutnya awak kisah, sebab apa? Jangan pula awak kata 'ala badan aku, suka hati aku lah. Sibuk buat apa?' Ha jangan yakin sangat kata macam tu, sebab awak patut kisah bukan sebab mulut-mulut orang tapi sebab ianya melibatkan KESIHATAN awak tau 😏.

Awak gemuk ke, awak kurus ke tapi kalau awak sakit? Siapa yang susah? Diri sendiri jugak kan?

Mari baca tips-tips yang mungkin berguna bagi awak yang nak kurangkan berat badan.

1. Tetapkan Target Dan Tulis Dalam Kertas
Setkan dalam minda awak yang awak nak kurangkan berat badan menjadi berat yang ideal. Kena tahu berapa berat ideal awak. Apa BMI untuk tubuh awak. Berapa kg yang awak perlu kurangkan. Kena tetapkan target. Mungkin susah bagi awak tapi cuba awak tulis dalam sehelai kertas. Tulis dalam tu sebulan target berapa kg kena turun. Berapa bulan perlu capai target? Bila dah capai target apa yang perlu awak buat dan apa awak nak buat, kenapa awak nak kurus. Awak nak kurus sebab awak nak sihat, awak nak kurus sebab nak pakai baju cantik-cantik, awak nak kurus sebab awak nak lebih yakin bila berdepan dengan orang sekeliling. Awak tulis tu jadi awak akan nampak dengan jelas apa target awak. Tak pun awak boleh susun dalam bentuk gambar dan jadikan wallpaper dalam PC atau telefon awak. Dah macam Vision Board pula dah 😃 yang penting list tu nanti buatkan awak lebih bersemangat nak capai target. Jangan hangat-hangat tahi ayam je la ye 😏

2. Pelajari Ilmu Kalori Dan Nutrisi
Nak kurus biarlah dengan cara yang sihat. Jangan buat sesuatu yang boleh beri kesan dikemudian hari. Biarlah diet cara yang betul. Belajar tentang kalori dan nutrisi dari yang pakar. Sekarang ni mudah je. Cari je melalui internet atau mana-mana buku. Yang penting biarlah dari info yang sahih ye. Sekarang ni info yang 'mengarut' pun banyak juga.

3. Makan Dalam Kuantiti Yang Sedikit
Mungkin susah pada mulanya tapi kalau dah biasa tak jadi masalah bagi awak. Kalau awak jenis yang memang suka mengunyah atau memang jenis suka makan banyak, awak boleh gantikan makanan snek awak dengan buah-buahan atau biskut yang tinggi fiber atau makanan yang rendah kalori.

4. Banyakkan Pengambilan Air Kosong
Mana-mana entry kesihatan mesti tak lepas dengan tips ni. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG. Kenapa? Sebab air sangat membantu menyingkirkan toksin. Apabila toksin dapat disingkirkan, lemak-lemak juga mudah disingkirkan.

5. Makan Buah-buahan Dan Sayur-sayuran
Pastikan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk kekal sihat. Nak kurangkan berat badan jangan abaikan khasiat dan nutrien yang lain. Dua ni lah kena banyakkan pengambilan. Gantikan snek awak dengan buah-buahan. Mungkin awak boleh potong siap-siap dan masukkan dalam satu bekas dan simpan di dalam peti sejuk. Bila awak rasa nak mengunyah je awak makan buah-buah tu. Pelbagaikan jenis buah-buahan. Jangan ambil satu jenis je nanti awak cepat bosan dan tinggalkan macam tu je.

6. Elakkan Makanan Yang Manis, Masin Dan Tinggi Kalori
Say 'No' untuk tiga jenis makanan ni. Ni antara makanan yang mengakibatkan berat badan bertambah. Bukan tu je, malah berisiko untuk dapat penyakit lain. Jangan jangan jangan! Kalau awak nak juga, awak ambil dalam kuantiti yang sedikit.

7. Kurangkan Minum Air Manis Dan Berkarbonat.
Kalau awak serius nak kurangkan berat badan, please kurangkan minum air manis dan berkarbonat. Lebih baik awak banyakkan minum air kosong, berbanding dua jenis minuman di atas.

8. Bersenam Atau Lakukan Aktiviti Riadah
Nak kurangkan berat badan bukan sekadar kurangkan kuantiti makanan tanpa lakukan apa-apa. No no no, awak silap kalau buat begitu. Nak kurus biarlah cara yang sihat. Bila awak bersenam, awak juga bantu tingkatkan stamina awak selain 'aktifkan' organ-organ badan awak. Samada awak buat senaman ringan, berjogging, berjalan keliling taman, berkebun atau apa-apa saja aktiviti yang buat awak bergerak dan tidak hanya duduk dirumah dan tunggu result diet seminggu awak tu. Sebenarnya bersenam ni pun bantu proses diet awak tau. Cuma lambat atau cepat je nak nampak kesannya tapi bila awak konsisten percayalah awak akan rasa kelainannya. Awak akan rasa lebih bertenaga dan segar.

Ada banyak lagi cara dan tips nak kurangkan berat badan ni cuma ia bergantung samada awak serius nak buat atau tidak je. Kalau awak rajin, awak akan capai target awak. Tapi kalau awak nak tak nak je, tu suka hati awak lah 😂

Tapi selain tips di atas saya cadangkan ambil makanan tambahan untuk bantu kurangkan berat badan.

Banyak je suplemen kat luar sana dan Shaklee pun banyak set bagi yang nak kuruih. Tapi saya lebih suka cadangkan vivix shaklee. Kenapa Vivix? Haa meh saya cerita ni.
8 Tips Kurangkan Berat Badan Secara Sihat

Bagaimana Vivix membantu?

1. Meningkatkan kadar metabolisme badan.

Komponen utama yang terkandung di dalam Vivix iaitu Resveratrol membantu meningkatkan kadar metabolisme.

Apa metabolisme tu? Metabolisme adalah suatu proses dimana berlakunya tindakbalas kimia antara sel atau suatu organisma bagi membentuk suatu tenaga bagi membolehkan fungsi-fungsi normal tubuh dapat diteruskan.

Semakin tinggi tahap metabolisme dalam tubuh adalah semakin baik. Tetapi semakin meningkat usia kita kadar metabolisme semakin menurun.  Apabila kadar metabolisme semakin berkurang, kalori dalam tubuh yang diproses akan diproses secara perlahan. Jadi makanan yang tak digunakan akan terkumpul menjadi lemak dan toksin.

2. Membantu mengecutkan saiz tisu adipos.

Adipose Tissue adalah lemak atau tisu penghubung yang kebanyakkannya terdiri daripada AdipocyteAdipocyte adalah binaan asas bagi lemak. Lemak yang terdapat dibawah kulit pula dipanggil sebagai Subcutaneous Adipose Tissue atau Subcutaneous Fat.

Lemak adalah salah satu sumber tenaga untuk tubuh kita. Resveratrol akan membantu lemak meningkatkan proses pertukaran tenaga agar lemak tidak terkumpul. Oleh itu, Adipose Tissue akan mengecut.

3. Membantu mengawal selera makan.

Ha yang ni suatu UJIAN BESAR bagi kita kan. Susah nak kawal selera makan ni. Lagi-lagi yang memang suka makan. Ada orang makan banyak mana pun badan maintain kurus, tapi bagi yang kuat makan tapi tak kurus-kurus tu macamana? Pening kepala 😂

Ada kajian yang mengatakan pengambilan Resveratrol akan mengaktifkan gene Sirt1.

Sirt1? apa benda tu? gene ni akan meningkat dengan kehadiran resveratrol. Salah satu fungsinya adalah mengawal selera makan. Maknanya kurang keinginan nak makan, rasa lapar pun akan berkurang.

4. Meningkatkan fungsi hati.

Hati ni fungsi utamanya ialah untuk proses nyahtoksin yang masuk dalam badan kita. Toksin ni datang dari pelbagai cara, bukan setakat makanan je. Tapi dari air yang tercemar atau tidak bertapis, udara yang tidak bersih, penggunaan krim yang disapu di atas kulit.

Toksin ni sama dengan racun. Segala sumber toksin yang masuk dalam tubuh kita akan melalui hati. Hati akan proses dan toksin akan ditukar kepada bentuk hempedu. hempedu tersebut akan keluar melalui usus kecil dan usus besar. Apabila toksin banyak, lemak mula datang. Selagi toksin ada dalam badan, lemak akan datang menempel. 

Vivix akan bantu tingkatkan fungsi hati agar proses yang berlaku berjalan lancar dan Vivix juga akan membaiki mana-mana bahagian hati yang rosak. Apabila toksin mudah disingkirkan, lemak yang tidak diperlukan juga akan mudah disingkirkan. 


Ha macamana? Best tak? Actually banyak khasiat vivix ni. Saya minum vivix untuk tujuan lain tapi dapat khasiat lain. Saya pun rasa 'wowww'. Pengalaman saya minum vivix, yup berat badan saya kurang beberapa kg. Tapi sebenarnya bukan tujuan nak kurus pun. Kiranya bonus la kan. Saya ambil Vivix untuk kesihatan, nak buang toksin-toksin dalam badan. Badan kurus pun tak semestinya sihat. Entah-entah lagi banyak toksin yang terkumpul. 

So, awak yang nak kurus plus nak tingkatkan tahap kesihatan bolehlah amalkan vivix 😊
Nak kurus pun biarlah dengan cara yang betul dan cara yang sihat. Jangan langsung tak makan. Diet cara yang betul ye awak.😊.

Nak order Vivix, meh hubungi saya 💓

atau


Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309


Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)