10 Tips Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam

photo source : maxpixel.freegreatpicture.com
Masalah kulit kering dan kusam selalu kita dengar kan. Sesetengah mereka ni ada yang tahap kering sangat dan kelihatan seperti bersisik. Keadaan ni buat mereka ini rasa tak yakin nak berdepan dengan orang sekeliling. Haa ingat masalah jerawat je buat orang tak yakin tapi masalah kulit kering, kusam dan bersisik juga sama tau.

Masalah kulit kering ni kalau dibiarkan tanpa dijaga dan dirawat keadaan semakin teruk. Bagi yang bekerja dalam bilik yang berhawa dingin lebih dari 6 jam sehari akan mengalami kekurangan kelembapan kulit. Kalau kat rumah pun guna aircond 24 jam sehari juga akan mengalami masalah yang sama.

Selalunya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering akan memakai pelembap atau losyen untuk melembapkan kulit. Tapi sebenarnya ianya tidak cukup. Jadi apa lagi cara untuk mengekalkan kelembapan kulit?

Tips Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam

1. Minum Air Kosong
Pengambilan air kosong yang secukupnya dapat membantu mencegah tubuh dari dehidrasi iaitu kekurangan air. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Pengambilan air kosong juga dapat membantu masalah tubuh yang lain.

2. Buang Sel Mati Dengan Scrub
Samada scrub yang disediakan sendiri menggunakan bahan-bahan semulajadi atau scrub dari mana-mana produk ia perlulah dilakukan secara lembut. Jangan gosok scrub pada kulit dengan kasar, ini akan mengakibatkan kerosakkan kulit.

Penggunaan scrub adalah bertujuan untuk membuang sel-sel atau kulit-kulit mati agar sel baru akan digantikan. Sel-sel baru akan beri kesegaran dan kelembapan kulit.

3. Masker Bantu Lembapkan Kulit
Penggunaan masker atau topeng muka bukanlah asing dalam penjagaan kulit. Masker dari bahan-bahan semulajadi amat digalakkan bagi mendapatkan nutrisi yang diperlukan untuk kulit. Contohnya seperti masker timun dan tomato.

Boleh cari dari mana-mana sumber samada dari internet, buku atau risalah. Atau bertanya dengan pakar kulit, mungkin mereka boleh cadangkan masker yang sesuai untuk kulit anda.

4. Pemilihan Sabun Yang Betul
Pilih sabun dan pencuci yang sesuai untuk kulit anda. Sabun yang mengandungi pewangi tidak sesuai bagi si kulit kering. Ia akan menyebabkan kulit semakin kering.

5. Guna Pelembap Siang Dan Pelembap Malam
Sentiasa pastikan anda gunakan pelembap pada setiap masa terutama semasa cuaca dingin dan dalam bilik ber'aircond. Pilih pelembap yang selamat dan tidak mengandungi bahan kimia.

6. Banyakkan Makan Buah-buahan Dan Sayur-sayuran
Umum tahu buah-buahan dan sayur-sayuran sangat penting bagi tubuh kita. Buah-buahan dan sayur-sayuran bekalkan nutrien dan khasiat untuk memastikan tubuh sentiasa dalam keadaan kesihatan yang optimum. Pilihlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin seperti vitamin A,E dan C yang baik untuk kesihatan kulit.

7. Basuh Muka Dengan Kerap
Basuh hanya dengan air bersih tanpa perlu kerap membasuh muka dengan sabun sudah cukup bagi membantu kulit sentiasa dalam keadaan lembap dan menyingkirkan kekotoran.

8. Guna Produk Yang Sesuai
Tidak semua produk yang ada dipasaran adalah sesuai bagi kulit kita. Mungkin sesuai bagi orang lain tapi tidak sesuai bagi kita. Periksa kandungannya terlebih dahulu. Ada kemungkinan kandungan produk tersebut akan menyebabkan kulit semakin kering.

9. Elak Daripada Tertekan/Stress
Masalah kulit juga boleh terjadi disebabkan dari tekanan dalam diri. Bagi mengurangkan stress atau tekanan, pastikan tubuh mendapat rehat yang mencukupi. Luangkan masa untuk bersenam atau lakukan aktiviti riadah atau aktiviti-aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan diri.

10. Jumpa Pakar Kulit
Jika keadaan kulit semakin teruk, sebaik-baiknya berjumpa dengan pakar kulit. Mungkin kos perbelanjaan agak mahal tapi jika hasilnya berbaloi apa salahnya? Mereka akan selidik dan beri konsultasi tentang kulit anda dan rawatan yang bersesuaian.

Selain 10 tips di atas , anda juga boleh ambil suplemen sebagai alternatif.

Suplemen apa?

Ok mari kita baca di bawah.
10 Tips Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam

ESP Shaklee mengandungi sumber protein yang berperisa vanilla. Seperti yang kita tahu, protein sangat penting untuk membina tisu-tisu baru dan membaiki sel-sel yang rosak. Selain itu protein juga membantu proses pertumbuhan seperti kuku, otot, rambut, kulit dan sebagainya. 

Untuk kesihatan kulit, ESP membantu
    - mengatasi masalah kulit seperti masalah jerawat dan jeragat, masalah kulit kering dan kusam. 
    - mengurangkan kesan parut akibat luka atau kesan jerawat.
    - mengatasi masalah kulit kering dan kusam.
    - membantu menjadikan kulit gebu dan halus.
    - membantu mencerahkan kulit.
    - membantu meremajakan kulit.

Sustained Release Vita-C Plus Shaklee pula bertindak sebagai antioksidan dimana antioksidan merupakan 'musuh utama' radikal bebas. Radikal bebas mengganggu sel-sel sihat. Selain itu, VitaC juga membantu
  • mengecutkan jerawat dan memudarkan kesan jerawat.
  • memudarkan kesan parut.
  • mencerahkan kulit.
  • membantu proses pertumbuhan sel-sel tisu badan.
  • merangsang penghasilan kolagen dari dalam kulit.
  • melindungi kulit dari sinaran UV dan mengelakkan kulit menjadi kusam.
Kelebihan Vitamin C Shaklee ialah ianya tidak dilepaskan sekaligus ke dalam tubuh kita. Akan tetapi ianya dilepaskan secara berperingkat iaitu 100mg setiap 1 jam. Satu tablet Vita-C Shaklee mengandungi 500mg, oleh tu vitamin C berada dalam tubuh kita selama 5 jam.

Vita-E Complex Shaklee mengandungi vitamin D (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapkan vitamin E. VitaE membantu kesihatan kulit dan membantu
  • melembabkan kulit.
  • memudarkan kesan parut.
  • membantu mengecilkan liang pori.
  • memperlahankan proses penuaan.
  • mengawal pengeluaran minyak.
  • menghilangkan jeragat.
  • menegangkan kulit.
  • membantu mencerahkan kulit.
Bagi anda yang ingin menempah boleh hubungi saya atau beli secara online dengan hanya menekan link dibawah.

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309

Comments

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)