KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN?

KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN?
Photo Credit : shutterstock.com
Perlu ke ambil supplemen? Makan makanan berkhasiat pun dah memadai. Tapi betul ke dah memadai? Makan makanan sihat memang betul beri khasiat pada tubuh kita, tapi mencukupi ke?

Jom tengok sebab kenapa kita perlu ambil suplemen.

👉 Faktor persekitaran seperti pencemaran alam sekitar.

Udara yang kita sedut setiap hari tu betul betul bersih ke? Persekitaran kita pula bagaimana? Yakin ke bersih sebersihnya? Asap kenderaan, asap pembakaran, dan macam-macam lagi pencemaran udara dan persekitaran kita. Semua pencemaran ni sudah tentu tinggi radikal bebas.

Tau tak radikal bebas yang wujud tu boleh rosakkan sel tubuh kita. Sel-sel dalam tubuh kita yang sihat mudah je diserang oleh radikal bebas.

Sebab tu kita perlukan suplemen untuk halang kerosakan sel berterusan.

👉 Nutrien dan zat tidak mencukupi.

Tidak semua nutrien dan zat yang diperlukan tubuh diperolehi melalui pengambilan makanan harian itu mencukupi. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Dan ianya diperolehi dari pemakanan. Namun pengambilan harian kita belum tentu memberikan nutrien yang sepatutnya diperlukan oleh tubuh.

Dalam hal ini, suplemen sangat membantu bagi meningkatkan dan menampung keperluan nutrien dan zat tersebut.

👉 Buahan dan sayuran tercemar

Berkemungkinan buahan dan sayuran yang berada dipasaran telah mengalami pencemaran akibat racun serangga atau bahan kimia semasa proses penjagaan dan penanamannya. Jadi kualitinya bukanlah 100% selamat dan keadaan ini juga mungkin memberi kesan kepada tubuh kita.

Mungkin juga pencemaran tersebut menyebabkan nutrien dan zatnya berkurang. Jadi tubuh kita bukanlah 100% mendapat khasiatnya.

👉 Gaya hidup yang tidak sihat

Gaya hidup juga salah satu faktor kenapa kita perlu ambil suplemen. Kurang aktif, tidak bersenam, tabiat merokok, minum alkohol dan seumpamanya boleh menberi kesan kepada kesihatan tubuh kita.

👉 Diet yang tidak seimbang

Adakah ianya menepati diet yang sepatutnya? Adakah pengambilan makanan harian kita menepati kuantiti yang sepatutnya? Mungkin juga hidangan kita tinggi kalori, tinggi lemak atau tinggi kandungan gula.

Mungkin juga kurang dari yang sepatutnya? Sebab tu masalah obesiti atau kurus yang melampau terjadi. Begitu juga masalah penyakit berbahaya yang lain, salah satu punca juga ialah diet yang tidak seimbang.

👉 Pengambilan kafein, gula dan garam secara berlebihan.

Tanpa sedar ia menjadi suatu tabiat. Tanpa sedar kita telah mengambil kuantitinya secara berlebihan. Sedangkan ianya tidak baik untuk kesihatan.

Dengan pengambilan suplemen yang tertentu dan betul, boleh kurangkan kuantitinya dari tubuh kita.

👉 Kehilangan nutrien dalam makanan

Ini boleh terjadi semasa proses penyediaan makanan atau semasa makanan itu dimasak. Masak terlalu lama juga boleh menyebabkan nutrien dalam makanan tersebut akan berkurang.

Dah baca semua? So sekarang dah faham kan kenapa kita perlukan suplemen.

Pengambilan suplemen sangat digalakkan bagi menampung kekurangan nutrien dan zat yang tidak mencukupi dan ia sangat perlu untuk fungsi tubuh.

Tapi pengambilan suplemen yang betul dan selamat juga penting. Jangan main telan je 😏

Nak tau suplemen terbaik untuk tubuh anda?
Hubungi saya 👇

Semoga bermanfaat.

Beauty&Health
Pengedar Sah Shaklee
Ms.Fiza 0193901309

Comments

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)