Kebaikan Penggunaan Serum Untuk Penjagaan Kulit Wajah
Sebelum ni, saya langsung tak ambil tahu tentang serum. Selalu juga nampak iklan serum ni tapi langsung tak endahkan. Bila member beli serum, tanya juga tapi tak tanya detail pun. Apa kegunaan serum, apa fungsinya, bagaimana nak guna, kenapa perlu guna. Tak berminat nak ambil tahu.
Bagi saya, cukuplah guna pencuci muka, then apply penyegar. Siap. Pelembap? guna tapi tak konsisten. Tapi sentiasa pakai BB Cream atau foundation bila keluar rumah. Tu je.
Tapi sekarang ni dah mula ambil tahu tentang penjagaan muka. Ye la, umur dah meningkat kut. Tak nak muka tua dari usia. hehe..
Serum adalah produk berasaskan gel atau air. Ianya mengandungi bahan aktif yang tinggi kepekatannya berbanding krim dan losyen. Bahan aktif tersebut seperti antioksidan, vitamin, pencerah kulit dan sebagainya. Ia digunakan bertujuan untuk merawat kulit muka. Seba tu serum lebih mahal berbanding krim dan losyen.
Apa fungsi serum?
Fungsi serum bergantung kepada bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Antara fungsi serum ialah merawat kulit dari masalah kedutan, jerawat, jeragat, keradangan, pigmentasi, antipenuaan, mencerahkan kulit dan sebagainya.
Siapa yang perlu menggunakan serum?
Mereka yang telah menginjak usia 18 tahun ke atas. Pada ketika ini, masalah kulit berminyak dan berjerawat mula berlaku.Tetapi penggunaan serum tidak terletak pada usia, ia bergantung pada masalah dan jenis kulit kita.
Kebaikan penggunaan serum
➤ Bahan aktif yang lebih tinggi
Kepekatan bahan aktif yang lebih tinggi berbanding pembersih dan pelembap. Ini bermakna hasilnya juga lebih baik seperti meratakan tona kulit, mengurangkan garis halus, mencerahkan, menghilangkan bintik hitam dan sebagainya.
➤ Bantu menganjalkan kulit
Sesetengah produk serum mengandungi bahan yang membantu menganjalkan kulit. Kerana fungsinya yang merawat sehingga melepasi lapisan kulit, jadi ianya juga boleh membantu meningkatkan keanjalan kulit.
➤ Melembapkan kulit
Serum yang mengandungi vitamin E akan membantu meningkatkan kelembapan kulit. Penggunaan secara konsisten akan menjaga dan mempertahankan kelembapan kulit secara semulajadi.
➤ Melindungi kulit
Serum yang mengandungi vitamin c juga mengandungi antioksidan yang berkeupayaan melindungi kulit dari radikal bebas dan merangsang pembentukan kolagen yang baik bagi melambatkan proses penuaan. Vitamin C juga bantu mengatasi masalah kulit kusam, juga bersifat antiradang dan bantu mencerahkan kulit.
Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan serum untuk penjagaan muka. Yang penting kena pilih yang betul-betul sesuai dan selamat digunakan.
Kenapa? Serum ni bertindak sehingga melepasi lapisan kulit, jadi kalau bahan-bahan yang tidak selamat atau bahan-bahan kimia terlarang masuk sehingga ke lapisan sel kulit akan membahayakan atau merosakkan kulit.
Nak serum yang selamat dan berkesan serta mesra alam, gunalah SERUM YOUTH SHAKLEE.
ye, saya syorkan guna produk Shaklee.
Nak berkenalan dengan Shaklee boleh baca entry di bawah.
The Shaklee Difference
Jom berkenalan secara ringkas tentanf SERUM YOUTH SHAKLEE
YOUTH ACTIVATING SERUM
🌸 Mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk langkah pembaharuan sel yang kritikal.
🌸 Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex yang terbukti berkesan.
🌸 Menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel
🌸 Membuatkan kulit menjadi lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.
🌸 Bahan-bahan utama: YOUTH Complex dengan Apple Cell, Lotus Japonicus, Encapsulated Vitamin A
Bagaimana nak tempah?
Bagaimana nak tempah?
Boleh hubungi saya atau beli secara online
Comments
Post a Comment