BW BUS Restaurant, Restoran Unik Kundasang Sabah

Apa yang saya nak kongsi kali ni?

Pada Disember 2018 tahun lalu, saya dan beberapa orang ahli keluarga berpeluang menghabiskan cuti sekolah di Kundasang, Sabah.

Antara tempat yang kami singgah untuk makan tengahari ialah BW Bus Restaurant yang terletak betul-betul di tepi jalan menuju ke arah pekan Ranau.

Sungguh bertuah pada masa itu kerana dapat 'rebut' tempat sebelum ramainya pengunjung yang singgah ke tempat ini juga.

Tidak kurang pengunjung dari luar negara juga kelihatan singgah makan di sini.

Terdapat pelbagai menu dan hidangan buffet juga disediakan. Tempat duduk? Jangan risau, buat masa ni ada empat buah bas dan semestinya banyak tempat duduk, namun mungkin situasinya agak berbeza apabila musim cuti umum atau cuti sekolah, sebab ramai pengunjung dan pelancong yang datang sekitar Kundasang dan Ranau yang mungkin singgah untuk makan di tempat ini.

Jom tengok gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika itu.







Jadi, bagi anda yang akan bercuti ke Kundasang atau pun Ranau, bolehlah singgah makan di restoran unik ni.

Selamat bercuti :)

Terima Kasih,
Beauty&Health,
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)