Resepi Pancake Coklat Mudah
Petang-petang rajin pula nak cuba resepi baru. Kebetulan banyak pula bahan-bahan kat dapur ni. Daripada dibiarkan begitu saja baik buat sesuatu untuk dimakan.
Kali ni saya cuba pancake rasa coklat.
Bahan-bahan
5 sudu gula
4 sudu mentega (dicairkan)
2 sudu tepung gandum
2 cawan susu rendah lemak
2 sudu baking powder
1 biji telur
1 cawan milo
1/2 sudu nescafe
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
1 sudu teh ovallete
Cara-cara
Selamat mencuba 😊
Terima Kasih
Kali ni saya cuba pancake rasa coklat.
Bahan-bahan
5 sudu gula
4 sudu mentega (dicairkan)
2 sudu tepung gandum
2 cawan susu rendah lemak
2 sudu baking powder
1 biji telur
1 cawan milo
1/2 sudu nescafe
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
1 sudu teh ovallete
Cara-cara
- Gaul tepung, mentega, susu, telur, milo, nescafe, gula dan garam dalam satu bekas. Tak perlu guna mixer tapi kalau nak cepat gunalah mixer. Pastikan tepung tak berketul-ketul.
- Masukkan baking powder, ovallete dan esen vanila dan gaul sebati.
- Panaskan frying pan (saya guna frying pan sebab tak perlu letak minyak) dalam beberapa minit. Bila dah panas bolehlah tuang adunan tadi.
- Jangan biarkan lama nanti hangus pula. Bila dah warna keperang-perangan terbalikkan.
Tadaa...Mudahkan. Saya tak buat cicahnya. Makan macam tu je. Tapi kalau korang rajin bolehlah buat. Tapi saya tak pernah cuba lagi. 😊 Nanti bolehlah share ye. Abaikan rupanya yang tak berapa nak cantik tu 😆
Selamat mencuba 😊
Terima Kasih
Beauty&Health
msfizakawaii.blogspot.com
Comments
Post a Comment