Gout dan Vivix Shaklee
Apa kaitan gout dan vivix shaklee? Ok, saya akan cerita satu persatu. Korang kena baca sampai habis tau. Sebelum tu korang perlu tahu apa itu gout.
Gout? Mesti korang pernah dengar kan. Tapi mungkin ada juga yang tak tahu gout tu penyakit apa. Gout ialah suatu penyakit yang berkaitan dengan sendi yang menyakitkan. Penyakit ini ialah salah satu bentuk arthritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi.
Apa tanda-tanda gout? Gout biasanya menyerang bahagian ibu jari kaki. Tapi gout ni juga boleh menyerang bahagian sendi-sendi lain seperti mata kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang. Apabila gout menyerang penghidap akan berasa panas, sakit dan bengkak pada sendi yang terjejas. Pergerakan agak terhad.
Antara punca terjadinya gout seperti:
- Faktor genetik (diwarisi oleh keluarga)
- Masalah berat badan (lebih berat badan)
- Mempunyai masalah buah pinggang. Asid urik yang terkumpul sukar disingkirkan.
- Menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi.
- Mengambil makanan yang tinggi kandungan purina seperti ikan bilis, sardin, mackerel dan tuna, organ dalaman haiwan dan daging.
- Minuman beralkohol juga mengandungi purina yang tinggi.
- Pernah menjalani pemindahan organ.
Bagaimana mencegah risiko diserang gout?
Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi purina yang tinggi. Kalau korang 'teringin' sangat pun makan sedikit je. Jangan makan tak hingat pula. Cuba berpantang makan makanan tu.
Banyakkan minum air kosong. Pengambilan air kosong bantu menstabilkan cecair dalam tubuh. Ambil sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air bantu menyingkirkan dan mengurangkan pengumpulan asid urik dalam tubuh badan kita.
Bersenam dapat membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Kalau korang 'tak rajin' nak bersenam pun buat la aktiviti yang buat korang berpeluh. Berpeluh ni bagus tau. Ni pun salah satu perkumuhan. Toksin dalam badan pun keluar dari peluh kita.
Kurangkan berat badan. Bukan untuk cegah gout je tapi baik bagi mencegah penyakit lain. Nak kurangkan berat badan pun biarlah dengan cara yang betul. Jangan ambil jalan 'singkat'. Ikut cara pakar yang bertauliah. Ni untuk kebaikan korang juga.
Ok, sekarang mari kita kaitkan gout dengan vivix shaklee pula.
Ok, sekarang mari kita kaitkan gout dengan vivix shaklee pula.
4 Bahan utama yang terkandung dalam vivix ialah
1) Muscadine Grapes
- Anggur liar yang sangat istimewa. Ia mempunyai sumber terbaik antioksida dan anti radang. Ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terbukti baik untuk kesihatan kardiovascular, menurunkan tahap gula dalam darah, melambatkan proses penuaan, mencegah kanser serta antivirus dan antibakteria.
2) Purple Carrot
- Mempunyai sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytochemical. Ia juga mengandungi anthocyanins (antioksidan mustajab) yang bertindak sebagai antiradang, antimikrob dan anticarcinogen yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Asid klorogenik didalamnya bertanggungjawab mengurangkan diabetes.
3) Elderberry
- Mengandungi vitamin C yang tinggi dan sangat bermanfaat untuk jangkitan daripada virus dan bakteria. Ia mampu mencegah kerosakan sel, meningkatkan sistem imunisasi tubuh, menurunkan kadar kolestrol, mengatasi masalah diabetes serta meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal.
4) Japanese Knotweed
- Juga dikenali sebagai Polygonum Cuspidatum yang mempunyai sumber resveratrol yang sangat tinggi. Ia digunakan untuk melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.
Bagaimana Vivix membantu?
Salah satu fungsi vivix ni ialah 'mencuci' atau 'detoks' toksin dan bahan yang tidak perlu dalam tubuh kita. Vivix juga akan bantu meningkatkan fungsi buah pinggang kita. Fungsi utama buah pinggang iaitu menapis bahan-bahan yang terdapat didalam tubuh sebelum disingkirkan. Kalau buah pinggang kita tidak berfungsi dengan baik, asid urik yang sepatutnya keluar akan terkumpul dan ini akan meningkatkan risiko serangan gout.
Vivix membantu membaiki sel-sel yang rosak dan menggalakan penghasilan sel baru yang sihat. Sel-sel yang telah membengkak dan sakit akan dipulihkan.
Punca serangan gout ialah apabila paras asid urik tinggi. Jadi, vivix akan menstabilkan paras asid urik ke paras yang normal
Jom baca testimoni penghidap gout yang amalkan pengambilan vivix
Kalau korang ada masalah gout atau keluarga terdekat alami penyakit gout ni bolehlah ikhtiar ambil vivix. Vivix bukanlah ubat tapi adalah makanan tambahan yang meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan.
Vivix ni bagi yang dah tahu khasiat dan kelebihannya terutama yang dah pernah cuba memang akan rasa rugi kalau tak ambil. Sebab terlalu banyak khasiat. Korang pun jangan lepaskan peluang ni.
Korang nak order jangan segan-segan contact saya ye 😊
Comments
Post a Comment