Resepi Agar-agar Milo Mudah dan Sedap
Nak buat pencuci mulut yang mudah je. Tapi korang tak tau nak buat apa. Haa apa kata korang cuba resepi ni. Ni 'resepi suka hati' saya 😆 tapi menjadi jugak 😋 Meh saya share resepi saya ni.
Bahan-bahan
Serbuk agar-agar
7 sudu besar milo
1 sudu besar nescafe
1 cawan susu rendah lemak
1/2 cawan gula
800ml air
Cara-cara
1. Campurkan milo dan nescafe dalam secawan air panas, kemudian kacau. Jangan biarkan berketul-ketul ye. Ke tepikan.
2. Panaskan api dan masukkan serbuk agar-agar, gula dan air. Gaul hingga mendidih.
3. Dah mendidih masukkan susu rendah lemak dan milo tadi.
4. Gaul sehingga sebati.
5. Bila dah mendidih, bolehlah angkat dan masukkan ke dalam bekas. Sejukkan untuk beberapa minit.
6. Dah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.
Tadaa, dah siap. Bolehlah 'ngap'😃.. hehehe. senang kan.
Selamat mencuba 😊
Terima Kasih
Beauty&Health
msfizakawaii.blogspot.com
Wahhh simple nye resepi..saya mmg suka makan agar-agar milo..very nice!!
ReplyDeleteShaklee Baby: Produk Penjagaan Bayi Organik Yang Selamat, Lembut dan Semulajadi