Resepi Agar-agar Horlicks Oat Krunch
Hai korang, kali ni nak kongsi resepi baru saya. Memandangkan stok agar-agar kat dapur ni banyak lagi (raya hari tu tak habis pakai), so daripada biarkan macam tu je baiklah rajinkan diri buat resepi baru 😋
Resepi ni sangat mudah dan lain dari biasa 😆 Korang pun rasa 'ape la budak ni buat?' Tapi bila dah cuba baru tau rasanya sedap ke tidak 😏
Bahan-bahan
Serbuk agar-agar
1 cawan horlicks
1/4 cawan gula
2 bungkus Oat Krunch
1 liter air
Cara-cara
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan horlicks ke dalam air. Gaul hingga mendidih. Pastikan horlicks tu tak berketul-ketul ye. Bila dah mendidih, angkat dan masukkan ke dalam bekas.
Sejukkan untuk beberapa ketika dan taburkan oat krunch yang dah dihancurkan ke dalam agar-agar tadi. Lepas tu boleh la masukkan ke dalam peti sejuk. Tunggu dalam 1/2 jam atau hingga agar-agar tu dah keras. Bagi lama sikit pun takpe, sejuk-sejuk lagi sedap.
Dah sejuk boleh la 'ngap' 😆 Kalau nak rasa horlicks tu lebih boleh tambah lagi. Gula tak payah banyak sangat sebab rasa Oat Krunch tu pun dah manis.
Nanti ada resepi baru lagi saya share ye.
Selamat mencuba 😊
Terima Kasih
Beauty&Health
msfizakawaii.blogspot.com
Comments
Post a Comment