Posts

Showing posts from September, 2017

Resepi Pancake Coklat Mudah

Image
Petang-petang rajin pula nak cuba resepi baru. Kebetulan banyak pula bahan-bahan kat dapur ni. Daripada dibiarkan begitu saja baik buat sesuatu untuk dimakan. Kali ni saya cuba pancake rasa coklat. Bahan-bahan 5 sudu gula 4 sudu mentega (dicairkan) 2 sudu tepung gandum 2 cawan susu rendah lemak 2 sudu baking powder 1 biji telur 1 cawan milo 1/2 sudu nescafe 1 sudu teh esen vanila 1 sudu teh garam 1 sudu teh ovallete Cara-cara Gaul tepung, mentega, susu, telur, milo, nescafe, gula dan garam dalam satu bekas. Tak perlu guna mixer tapi kalau nak cepat gunalah mixer. Pastikan tepung tak berketul-ketul. Masukkan baking powder, ovallete dan esen vanila dan gaul sebati. Panaskan frying pan (saya guna frying pan sebab tak perlu letak minyak) dalam beberapa minit. Bila dah panas bolehlah tuang adunan tadi. Jangan biarkan lama nanti hangus pula. Bila dah warna keperang-perangan terbalikkan. Tadaa...Mudahkan. Saya tak buat cicahnya. Makan macam tu je. Tapi kalau koran

Legakan Simptom Senggugut dengan Set Shaklee

Image
Senggugut? haa yang ni antara musuh utama perempuan selain jerawat. Ye tak? 😆 Kalau jerawat tumbuh tak sakit sampai guling-guling. Stress je lebih. Tapi kalau senggugut yang datang menyerang, boleh nangis jawabnya. Sesetengah wanita senggugut yang datang biasa-biasa je, tapi ada yang sampai rasa 'nak patah pinggang'. Yang tu dah tahap teruk sangat dah. Nak ke setiap kali datang haid senggugut menyerang? Tak suka kan. Cuba set shaklee ni bagi mengurangkan dan melegakan kesakitan akibat senggugut.  Set Senggugut Shaklee 1. GLA Complex 3kali lebih berkesan dari Evening Primrose Oil (EPO) Mengimbangi semula tahap hormon Memperbetulkan simptom simptom senggugut - water retention, payudara membengkak dan sakit. 2. B-Complex Membantu mengurangkan stress Mengurangkan kesakitan haid Membantu masalah penghadaman 3. Ostematrix Membekalkan kalsium & magnesium akibat kekurangannya sebelum haid. Mengurangkan rasa kekejangan, sakit belakang, sak

Kulit sihat dan cantik dengan Set Shaklee

Image
Mempunyai kulit yang sihat dan cantik adalah idaman bagi semua. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Kesihatan dan kecantikan adalah dua perkara yang harus dititikberatkan.  Tapi bagaimana caranya?  Salah satu caranya ialah dengan pengambilan suplemen dan vitamin. Kali ni saya nak kongsi 'Set Basic' Shaklee bagi yang ingin menjaga kesihatan kulit. Dalam set ni ada tiga produk shaklee iaitu ESP Shaklee, Vitamin C dan Vitamin E. Apa fungsi-fungsinya? ESP Shaklee  mengandungi sumber protein yang berperisa vanilla. Seperti yang kita tahu, protein sangat penting untuk membina tisu-tisu baru dan membaiki sel-sel yang rosak. Selain itu protein juga membantu proses pertumbuhan seperti kuku, otot, rambut, kulit dan sebagainya.  Untuk kesihatan kulit, ESP membantu     - mengatasi masalah kulit seperti masalah jerawat dan jeragat.      - mengurangkan kesan parut akibat luka atau kesan jerawat.     - mengatasi masalah kulit kering dan kusam.     - me

Resepi Agar-agar Milo Mudah dan Sedap

Image
Nak buat pencuci mulut yang mudah je. Tapi korang tak tau nak buat apa. Haa apa kata korang cuba resepi ni. Ni 'resepi suka hati' saya 😆 tapi menjadi jugak 😋 Meh saya share resepi saya ni. Bahan-bahan Serbuk agar-agar 7 sudu besar milo 1 sudu besar nescafe 1 cawan susu rendah lemak 1/2 cawan gula 800ml air Cara-cara 1. Campurkan milo dan nescafe dalam secawan air panas, kemudian kacau. Jangan biarkan berketul-ketul ye. Ke tepikan. 2. Panaskan api dan masukkan serbuk agar-agar, gula dan air. Gaul hingga mendidih. 3. Dah mendidih masukkan susu rendah lemak dan milo tadi. 4. Gaul sehingga sebati. 5. Bila dah mendidih, bolehlah angkat dan masukkan ke dalam bekas. Sejukkan untuk beberapa minit. 6. Dah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Tadaa, dah siap. Bolehlah 'ngap'😃.. hehehe. senang kan. Selamat mencuba 😊 Terima Kasih Beauty&Health msfizakawaii.blogspot.com

Cyst, Fibroids, Endometriosis dan Vivix Shaklee

Image
sumber: google Kesuburan wanita bergantung kepada sistem pembiakan wanita yang sihat. Sistem pembiakan wanita terdiri daripada ovari, tiub fallopian, serviks dan vagina. Ovari adalah organ kecil yang terletak dikiri dan kanan badan kita. Ovari menghasilkan telur (ovum) dan hormon estrogen dan progesteron. Telur akan membesar dan tumbuh pada kantung kecil di dalam ovari yang dipanggil folikel pada setiap satu kitaran haid. Folikel akan pecah dan membebaskan telur apabila telur matang. Setelah itu, kantung akan mengecut dan berubah menjadi corpus luteum. Corpus luteum merembeskan hormon yang membantu menyediakan telur pada kitaran seterusnya. Cyst ovari, fibroids dan endometriosis sering dikaitkan dengan ketidaksuburan wanita. Mari kita baca secara ringkas tentang cyst, fibroids dan endometriosis ini. Cyst Ovari sumber: google kebanyakn wanita akan mengalami cyst di bahagian ovari sekurang-kurangnya sekali, dan kebanyakkannya tidak menyakitkan, tidak menyebabkan gej

Resepi Agar-agar Horlicks Oat Krunch

Image
Hai korang, kali ni nak kongsi resepi baru saya. Memandangkan stok agar-agar kat dapur ni banyak lagi (raya hari tu tak habis pakai), so daripada biarkan macam tu je baiklah rajinkan diri buat resepi baru 😋 Resepi ni sangat mudah dan lain dari biasa 😆 Korang pun rasa 'ape la budak ni buat?' Tapi bila dah cuba baru tau rasanya sedap ke tidak 😏 Bahan-bahan Serbuk agar-agar 1 cawan horlicks 1/4 cawan gula 2 bungkus Oat Krunch 1 liter air Cara-cara Masukkan serbuk agar-agar, gula dan horlicks ke dalam air. Gaul hingga mendidih. Pastikan horlicks tu tak berketul-ketul ye. Bila dah mendidih, angkat dan masukkan ke dalam bekas. Sejukkan untuk beberapa ketika dan taburkan oat krunch yang dah dihancurkan ke dalam agar-agar tadi. Lepas tu boleh la masukkan ke dalam peti sejuk. Tunggu dalam 1/2 jam atau hingga agar-agar tu dah keras. Bagi lama sikit pun takpe, sejuk-sejuk lagi sedap. Dah sejuk boleh la 'ngap' 😆 Kalau nak rasa horlicks tu lebih boleh tambah

Testimoni Collagen Powder Shaklee

Image
Ada yang tercari-cari testimoni Collagen Powder Shaklee ke? Kalau ya, korang berada dalam entry yang betul..heheh. Sebab kali ni saya nak kongsi beberapa testimoni produk ni. Sebelum tu mari baca fungsinya. Apa fungsi Collagen Powder Shaklee? anti-penuaan  - mengecilkan liang pori, mengurangkan kedutan dan garis halus. melembap  - mengembalikan kelembapan kulit, cegah kulit kering dan gatal pada kulit. menegang  - membantu menegangkan kulit, badan dan payudara. menyuburkan rambut dan kuku  - menguatkan kuku, mengurangkan keguguran rambut dan cegah rambut dari bercabang. membaikpulih sendi dan otot  - membantu melancarkan pergerakan sendi, menguatkan otot dan tulang. mengembalikan keanjalan  - menjadikan kulit halus, anjal dan lembut. mencerah  - mengurangkan pigmentasi, jeragat, dan warna kulit yang tidak sekata. Dah baca fungsi Collagen Powder Shaklee? Mari kita tengok beberapa testimoni pengguna Collagen Powder Shaklee. Testimoni Collagen Powder

Collagen Powder Shaklee

Image
Tau tak, Shaklee pun ada produk berasaskan kolagen? Yang ni antara produk shaklee yang menduduki carta 10 Top ' Best Selling ' dalam Shaklee. Mari berkenalan dengan Collagen Powder Shaklee. Tapi sebelum tu saya nak kongsi beberapa info tentang kolagen. Kolagen adalah protein yang paling banyak didalam tubuh kita, yang terdapat dalam tulang, otot, kulit dan tendon. Kolagen adalah struktur protein yang menggabung dan menyokong tisu dalam badan. Kolagen bertindak bersama dengan elastin untuk menyokong tisu badan. Elastin adalah protein didalam kulit dan tisu badan yang bertindak untuk mengekalkan keanjalan kulit. Apa lagi yang anda perlu tahu tentang kolagen. Kolagen berlaku di seluruh badan, terutama pada bahagian kulit, tulang, dan tisu penghubung. Pengeluaran kolagen semakin berkurang seiring dengan pertambahan usia. Faktor lain seperti merokok, sinaran UV, dan gaya hidup tidak sihat akan mengurangkan pengeluaran kolagen. Collagen Powder Shaklee mudah

Kepentingan Protein Untuk Tubuh Kita

Image
sumber : google Kenapa protein sangat penting dalam tubuh kita? Mari saya kongsi sedikit tentang protein. Protein merupakan salah satu nutrisi yang diperlukan tubuh kita. Ia adalah sebatian organik yang terdiri daripada binaan blok yang dikenali sebagai "asid amino". Terdapat kira-kira 21 asid amino biasa. 12 daripadanya non essential amino acid yang dihasilkan oleh badan. 9 lagi ialah essential amino acid yang hanya boleh didapati daripada pemakanan, tapi tidak semua kita peroleh daripada makanan harian kita. Protein berfungsi sebagai nutrisi untuk membantu proses pertumbuhan seperti kuku, otot, rambut, kulit dan sebagainya. Protein boleh ditemui di semua sel tubuh dan merupakan komponen struktur utama dari semua sel terutama otot, kulit dan rambut. Protein juga penting sebagai sumber tenaga, sebagai hormon sintesis, enzim dan antibodi, dan pembentukan dan pembaikan sel dalam jaringan. Apa jadi kalau badan kita kurang protein? Kolestrol tinggi Tekanan darah

Telomeres dan Vivix Shaklee

Image
Pernah tak korang dengar tentang TELOMERES ? Apa benda tu? Sejenis makanan ke? Sejenis tumbuhan? hehe... Jom kita berkenalan dengan telomeres ni. Telomeres ni berada dihujung setiap kromosom. Ia umpama 'pelindung' bagi sel-sel kita. Telomeres adalah bahagian yang sangat penting bagi sel-sel manusia kerana mempengaruhi bagaimana jangka hayat atau umur sel-sel kita. Telomeres sangat penting kerana melindungi maklumat penting dalam DNA kita. Tanpa perlindungan dari telomeres, sel-sel kita akan cepat mengalami penuaan dan mati. Kepanjangan telomeres semakin berkurang akibat penuaan dan serangan radikal bebas. Apabila sel-sel yang rosak atau mati tidak berganti, tubuh kita mudah diserang penyakit seperti kanser, serangan jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan lain-lain penyakit. Apa kaitan vivix shaklee dengan telomeres ni? Salah satu kelebihan vivix shaklee iaitu melambatkan proses penuaan dan berkeupayaan memanjangkan telomeres. Dr Elizabeth Blackburn

Kenali Diabetes

Image
Photo Credit : fitafterfifty.com Entry kali ni saya nak kongsi tentang penyakit diabetes atau juga disebut sebagai kencing manis. Korang tau tak, penyakit ni antara yang mencatatkan rekod tertinggi penyakit yang dialami oleh rakyat malaysia. Haa bagi yang suka makan manis-manis tu jaga-jaga 😈😁 Bukan nak takutkan korang, tapi memang patut korang takut. Sebab penyakit ni kalau dibiarkan boleh menyebabkan risiko yang lebih teruk. Diabetes ni merujuk kepada paras gula (glukosa) dalam darah yang tinggi berbanding bacaan normal. Bacaan normal paras gula dalam darah dianggarkan 4.0 ~ 5.9 mmol/L . Jom kenali jenis-jenis diabetes. 1) Diabetes Jenis 1 (IDDM) Diabetes jenis ini bergantung kepada insulin. Organ pankreas bagi yang menghidap penyakit ini tidak menghasilkan insulin. Jadi, mereka bergantung kepada insulin dari luar seperti suntikan insulin. Oleh sebab itu ia digelar sebagai Insulin Dependent Diabetes Mellitus (IDDM) Faktor yang menyebabkan ia terjadi disebabkan jangk

Fungsi Utama Vivix Shaklee

Image
Setiap produk ada fungsi tertentu. Cara sesuatu produk itu bertindak terhadap tubuh kita juga adalah berbeza. Kalau semua produk mempunyai fungsi yang sama apa yang membuatkan ianya istimewa?  Entry kali ni saya nak kongsi tentang bagaimana vivix berfungsi untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. 1) Membaiki dan melindungi DNA sumber : google DNA ( Asid Deoksiribonukleik ) merupakan komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen yang membawa maklumat pewarisan. DNA umpama otak bagi setiap sel. Sel-sel tersebut akan menerima arahan mengenai tugas dan fungsi dalam tubuh kita. Sebab tu kesihatan sel sangat penting. Antara faktor kerosakan sel adalah disebabkan oleh radikal bebas yang mengganggu sel-sel baru yang sihat. Kerosakan pada DNA akan berlaku apabila usia semakin meningkat. Gaya hidup dan persekitaran turut menyumbang kepada kerosakan DNA. Vivix mengandungi Resveratrol yang tinggi dengan antioksidan. Antioksidan adalah