Pengalaman Facial Muka




Kali ni saya nak share pengalaman buat rawatan muka di salah satu pusat rawatan di Kota Kinabalu. Actually adik saya yang ajak buat facial muka ni. Memandangkan saya pun dah lama tak buat facial muka, so saya pun on je la.

Kenapa kita perlu buat facial muka?

Ok yang ni saya dah buat entry sebelum ni. Boleh baca disini . So, korang akan faham apa kebaikan buat rawatan muka ni.

Buat facial ni tak perlu selalu. Sebulan sekali or dua bulan sekali pun dah ok dah. It's up to you and ikut bajet korang gak.😊

Kalau korang nak buat facial ni saya recommend buat kat Miracle Skin Laser & Aesthetics Center yang terletak di Kota Kinabalu. Yang ni saya syorkan untuk orang-orang Sabah.

Ada je tempat facial lain kat Sabah ni but saya tak pernah cuba. Pernah gak teman adik pergi kat tempat lain tapi saya lebih suka Miracle Skin Laser ni sebab, haa baca sebab-sebabnya kat bawah.

1. Service yang Tip Top

Yang ni saya memang puji. Layanan mesra. Cara bercakap pun lembut je. Of course la kena layan elok-elok kan. But still nak puji jugak πŸ˜„. Dari doktor sampai la staff nya memang baik-baik. Kita pun jadi selesa . Sebab kadang tu kalau servis tak ok, layanan tak mesra kita pun jadi tak suka & malas nak tanya banyak-banyak.

2. Good treatment

Ada beberapa pakej dan treatment yang ditawarkan. Yang ni korang kena tanya sendiri la. Sebab nanti diorang akan explain setiap pakej tu dan treatment yang korang nak. Better datang ke sana dan diorang akan suggest which treatement yang sesuai after tengok keadaan muka & masalah kulit korang.

3. Harga yang berpatutan dan berbaloi

Bagi saya harga pakej yang ditawarkan memang berbaloi dengan treatment yang dibuat. Memang puas hati. Ada whitehead saya yang bertahun yang sangat degil tak nak keluar 'berjaya' dibuangπŸ˜†. Bukan main happy pekerja yang buat facial muka saya tu. Siap ambik gambar. Saya pula yang malu πŸ™ˆπŸ™Šhahaha...kelakar.

Nampak tak betapa mereka memang suka ngan kerja diorang tu. Seakan kejayaan besar.πŸ˜‚

Masa tengah buat facial tu, staff tu siap explain & bagi tips untuk penjagaan kulit muka.πŸ‘

4. Free Consultation

Boleh tanya macam-macam kat doktor tu. Minta pandangan or apa-apa je la mengenai masalah kulit muka korang. It's FREE !!!

Emmm... apa lagi ye??

But, tempat tu memang recommended. Tak menyesal pilih. Staff-staff nya pun friendly. Lagi satu, saya suka tengok kulit muka diorang. Wahhh flawless, licin, bersih. Sesuai dengan pekerjaan mereka yang pentingkan kesihatan dan kecantikan kulit.

'Dah memang keje diorang buat rawatan muka, of course muka cantik'

atau mesti ada yang kata 'dah muka diorang memang cantik'

Certain orang fikir macam ni kan😏. Heyy tak semua pekerja pusat kecantikan kulit muka bersih tanpa cela dan jerawat sedia ada tau. Ada je tempat facial yang pekerjanya ada jerawat, ada bekas jerawat dan sebagainya.

Contoh, macam salah satu pekerja tempat saya facial ni dia dulu pun ada masalah kulit. Muka berjerawat agak teruk jugalah. But after that dia jaga makan, dan buat rawatan, pilih skincare yang sesuai and now kulit muka dia dah pulih, cantik lagi tau.😍 jeles pulakk πŸ˜…

Emm.. actually nak cakap tak semua orang lucky ada kulit muka yang sihat dan cantik. Yang ada masalah kulit ni struggle nak pulihkan dengan pelbagai cara. So, don't let them down.

Saya pun pernah alaminya akibat salah pilih produk😭. Kesannya ambik masa yang lama gak. Teruk !. Jerawat besar-besar. Jerawat pasir pun ada. Kulit kering mengelupas. Memang teruk la. Sampai satu tahap tak nak keluar rumah. Memang malu sangat. Confident level drop habis.😣

But now saya dah cerdik pilih skincare yang sesuai, selamat dan berkesan😝. Kuncinya kena konsisten dan sabar. Walaupun kesan agak lambat tapi memang puas hati. Slowly kulit muka semakin pulih.

Nak tau saya guna skincare apa?? Saya guna Skincare YOUTH Shaklee.

Boleh baca entry saya tentang YOUTH. Klik je link di bawah ni.

Kenali Skincare YOUTH Shaklee

Eh eh.. lain pulak kita ceritaπŸ˜…. Ok ok sambung topik asal.

So, korang yang nak buat facial muka tu boleh la buat kat Miracle Skin Laser atau mana-mana pusat facial yang berhampiran.

Nak kulit sihat dan cantik kena rajin. Rajin bersihkan muka, rajin jaga, rajin buat rawatan. Nak buat facial muka sendiri kat rumah pun boleh. Kalau korang pandai apa salahnya buat sendiri kan.

Selain tu, kena jaga pemakanan dan jangan lupa bersenam. Bersenam ni pun bukan untuk stamina je tapi juga untuk buang toksin-toksin dalam badan. Toksin-toksin ni jugalah penyebab masalah kulit tau.

Dan... jangan lupa ambil suplemen.

Saya memang amalkan suplemen. Suplemen ni memang penting untuk kesihatan tubuh kita. Bukan dah sakit baru nak makan suplemen ye.

Suplemen ni makanan tambahan untuk topup kekurangan nutrisi yang diperlukan badan kita. Nak cerita bab suplemen ni memang panjang. Korang baca la entry kat bawah ni..

Kenapa kita perlukan suplemen?

Ok, sampai di sini je la sharing saya tentang pengalaman facial muka saya ni..

Harap membantu bagi korang yang tengah cari pusat rawatan muka tu.

Sekian,

Terima Kasih
Beauty&Health,
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)