7 Cara Atasi Masalah Jeragat

Photo Credit : siraplimau.com
1. Guna krim pelindung uv

Pastikan menggunakan krim pelindung uv setiap kali keluar dari rumah bagi melindungi kulit dari sinaran uv cahaya matahari yang melampau dan berterusan.

Pilih krim yang betul dan semak kandungan krim tersebut sebelum menggunakannya bagi mengelakkan tersalah produk yang boleh mengakibatkan kerosakan kulit.

2. Pengambilan kolagen tambahan

Pembentukan jeragat juga berlaku disebabkan pengurangan kolagen dalam tubuh. Oleh itu, pengambilan kolagen tambahan amat digalakkan.

Pengambilan supplement seperti vitamin c bantu merangsang pengeluaran kolagen dalam tubuh.

3. Masker semulajadi

Masker semulajadi seperti jus lemon, baik untuk kesihatan kulit. Jus lemon dipercayai kaya dengan asid alpha hydroxy yang membantu mengelupaskan kulit dan juga memudahkan pertumbuhan semula sel. Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan kerana sifat astrigen.

4. Cuci muka dengan kerap

Ini bagi memastikan lebihan minyak, sel sel kulit yg mati ditanggalkan dari kulit muka bagi mencegah terbentuknya jeragat.

Namun jangan cuci terlalu kerap sampai muka menjadi terlalu kering. Ini menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan yang boleh membawa kepada pembentukan lebih banyak jeragat.

5. Jaga kebersihaan rambut dan persekitaran

Rambut yang berminyak boleh menyebabkan lebih banyak minyak terbentuk di bahagian permukaan kulit muka yang akan meninggikan peluang liang kulit muka kita tersumbat.

Pastikan kita membasuh rambut setiap 2-3 hari sekali bagi menghalang pembentukan minyak berlebihan.

Pastikan kebersihatan persekitaran seperti bilik, ruang tamu dan tempat-tempat yang sering kita berada.

6. Jaga pemakanan

Pengambilan makanan yang berminyak hendaklah dihadkan. Amalkan pengambilan buahan dan sayuran serta minum air kosong dengan banyak.

7. Jumpa pakar kulit

Minta nasihat dan pandangan pakar kulit mengenai produk yang digunakan, cara penjagaan wajah dan bagaimana mengatasinya.

Terima Kasih
Beauty&Health,
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Related post

Comments

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)