5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)
Photo Credit : pixabay.com |
Rawatan muka akan membantu dalam pembersihan yang lebih mendalam. Rawatan ini akan membantu menyingkirkan sebarang kotoran seperti sel-sel kulit mati, minyak yang berlebihan, toksin dan kotoran dari persekitaran harian anda.
Rawatan ini juga membantu menghapuskan sebarang bakteria yang boleh menyebabkan masalah kulit. Selain itu, rawatan facial muka juga bantu menyingkarkan blackheads dan whiteheads yang sukar disingkirkan. Jerawat yang terbentuk juga akan disingkarkan melalui kaedah tertentu.
2. Sebagai Anti-Penuaan
Rawatan muka turut membantu mengurangkan serta melambatkan proses penuaan dan menghalang terjadinya garis-garis kedutan.
Urutan wajah dengan krim anti-penuaan akan membantu meningkatkan peredaran darah dan aliran oksigen agar dapat meningkatkan penghasilan kolagen dan sekaligus meningkatkan keanjalan kulit anda.
3. Mengecilkan liang pori
Rawatan muka akan membantu mengecilkan liang pori yang terbuka serta membersihkan liang pori yang tersumbat yang mengakibatkan masalah kulit seperti jerawat. Sesetengah pusat rawatan akan menawarkan beberapa kaedah dan pakej bagi rawatan ini.
4. Lebih tenang (relaks)
Urutan sangat baik untuk merehatkan kulit serta melegakan tekanan dan menyeimbangkan fikiran anda. Sama seperti tubuh anda, otot muka juga memerlukan urutan dan kebanyakan rawatan muka akan melakukannya.
Urutan tersebut akan merangsang vesel limfa dan menyahtoksin kulit anda, menjadikaan kulit kelihatan sihat dan muda. Wangian masker yang digunakan akan memberi pengalaman yang menenangkan dan santai.
5. Bantu meremajakan kulit
Exfoliation atau pengelupasan, pengekstrakan, urutan, stim dan penggunaan mask semasa rawatan muka akan membantu meremajakan kulit, kulit lebih segar. Ini meningkatkan penampilan kulit, lebih bersinar, berseri dan seimbang.
Kesannya mungkin tidak akan kelihatan dalam tempoh yang singkat namun kesannya akan kelihatan dalam jangka panjang. Hanya perlu sabar dan konsisten.
Terima Kasih
Beauty&Health,
Beauty&Health,
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551
Comments
Post a Comment