Kenangan Syawal 2018
Salam Syawal 2018.
Raya tahun ni, raya paling sibuk buat saya dan keluarga. Sebab bulan syawal ni berlangsungnya majlis perkahwinan abang saya dan majlis pertunangan adik bongsu.
Pada mulanya hanya majlis kahwin je, tapi si adik tiba-tiba nak buat majlis bertunang. Kelam kabut juga la. Mana nak buat persiapan raya, majlis kahwin lagi. Pening.
So, persiapan raya tahun ni simple je sebab lebih fokus dengan majlis besar.
Majlis 3 hari berturut-turut, penat tak terkira. Bermula dengan majlis pertunangan pada 7 syawal. Diikuti dengan majlis nikah si abang pada 8 syawal dan majlis sanding pada 9 syawal.
Rehat? Takde istilah rehat. Tidur? Hanya beberapa jam sahaja. Saya hanya dapat tidur sekejap je. 2 jam je tau sebelum majlis sanding si abang. Mengantuk gilerrr. Pagi tu bancuh ESP Shaklee campur Performance Drink supaya tak lembik sepanjang majlis tu. Nasib baik ada stok.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Kurang sana sini tu biasa la kan. But alhamdulillah semuanya dah selesai.
Lepas majlis still busy lagi. Busy mengemas la pulak. Seminggu pun tak habis mengemas lagi.
Raya tahun ni memang tak beraya mana-mana. Even beraya kat rumah jiran sebelah pun tak sempat. Sibuk bebenor. Rumah kawan-kawan pun tak dapat nak datang.
Inilah kenangan Syawal saya tahun ni.
Sambut ahli baru dalam keluarga saya.
Semoga majlis selepas ni dipermudahkan. Amiinn
Beauty&Health,
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551
Comments
Post a Comment