Kurus dengan Vivix Shaklee
Mesti ada yang tengah pening kepala macamana nak kurangkan berat badan, ye tak? Dah cuba macam-macam cara tapi tak berkesan. Berat badan macam tu jugak, selera je makin naik, eh 😏
So, kali ni saya nak kongsi bagaimana Vivix membantu korang yang nak kurus ni.
Bagaimana Vivix membantu?
1. Meningkatkan kadar metabolisme badan.
Komponen utama yang terkandung di dalam Vivix iaitu Resveratrol membantu meningkatkan kadar metabolisme.
Apa metabolisme tu? Metabolisme adalah suatu proses dimana berlakunya tindakbalas kimia antara sel atau suatu organisma bagi membentuk suatu tenaga bagi membolehkan fungsi-fungsi normal tubuh dapat diteruskan.
Semakin tinggi tahap metabolisme dalam tubuh adalah semakin baik. Tetapi semakin meningkat usia kita kadar metabolisme semakin menurun. Apabila kadar metabolisme semakin berkurang, kalori dalam tubuh yang diproses akan diproses secara perlahan. Jadi makanan yang tak digunakan akan terkumpul menjadi lemak dan toksin.
2. Membantu mengecutkan saiz tisu adipos.
Adipose Tissue adalah lemak atau tisu penghubung yang kebanyakkannya terdiri daripada Adipocyte. Adipocyte adalah binaan asas bagi lemak. Lemak yang terdapat dibawah kulit pula dipanggil sebagai Subcutaneous Adipose Tissue atau Subcutaneous Fat.
Lemak adalah salah satu sumber tenaga untuk tubuh kita. Resveratrol akan membantu lemak meningkatkan proses pertukaran tenaga agar lemak tidak terkumpul. Oleh itu, Adipose Tissue akan mengecut.
3. Membantu mengawal selera makan.
Ha yang ni suatu UJIAN BESAR bagi kita kan. Susah nak kawal selera makan ni. Lagi-lagi yang memang suka makan. Ada orang makan banyak mana pun badan maintain kurus, tapi bagi yang kuat makan tapi tak kurus-kurus tu macamana? Pening kepala 😂
Ada kajian yang mengatakan pengambilan Resveratrol akan mengaktifkan gene Sirt1.
Sirt1? apa benda tu? gene ni akan meningkat dengan kehadiran resveratrol. Salah satu fungsinya adalah mengawal selera makan. Maknanya kurang keinginan nak makan, rasa lapar pun akan berkurang.
4. Meningkatkan fungsi hati.
Hati ni fungsi utamanya ialah untuk proses nyahtoksin yang masuk dalam badan kita. Toksin ni datang dari pelbagai cara, bukan setakat makanan je. Tapi dari air yang tercemar atau tidak bertapis, udara yang tidak bersih, penggunaan krim yang disapu di atas kulit.
Toksin ni sama dengan racun. Segala sumber toksin yang masuk dalam tubuh kita akan melalui hati. Hati akan proses dan toksin akan ditukar kepada bentuk hempedu. hempedu tersebut akan keluar melalui usus kecil dan usus besar. Apabila toksin banyak, lemak mula datang. Selagi toksin ada dalam badan, lemak akan datang menempel.
Vivix akan bantu tingkatkan fungsi hati agar proses yang berlaku berjalan lancar dan Vivix juga akan membaiki mana-mana bahagian hati yang rosak. Apabila toksin mudah disingkirkan, lemak yang tidak diperlukan juga akan mudah disingkirkan.
Ha macamana? Best tak? Actually banyak khasiat vivix ni. Saya minum vivix untuk tujuan lain tapi dapat khasiat lain.Saya pun rasa 'wowww'. Pengalaman saya minum vivix, yup berat badan saya kurang beberapa kg. Tapi sebenarnya bukan tujuan nak kurus pun. Kiranya bonus la kan. Saya ambil Vivix untuk kesihatan, nak buang toksin-toksin dalam badan. Badan kurus pun tak semestinya sihat. Entah-entah lagi banyak toksin yang terkumpul.
So, korang yang nak kurus plus nak tingkatkan tahap kesihatan bolehlah amalkan vivix 😊
Nak kurus pun biarlah dengan cara yang betul dan cara yang sihat. Jangan langsung tak makan. Diet cara yang betul ye awak. Ikut tips-tips dari yang pakar 😊.
Nak order Vivix, meh hubungi saya 💓
atau
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Comments
Post a Comment