Tips Penjagaan Kesihatan
Bagaimana anda menjaga kesihatan tubuh? Mungkin kita tidak mengendahkan tentang penjagaan kesihatan kita disebabkan kesibukan kerja dan menyangka tubuh sentiasa sihat kerana jarang jatuh sakit. Tapi anda perlu tahu kadangkala penyakit yang berbahaya boleh terjadi secara senyap. Ada juga yang telah mengetahui diserang penyakit berbahaya tahap kritikal secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda dan gejala. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berjaga-jaga dan mengutamakan kesihatan tubuh.
Tips Penjagaan Kesihatan
1. Banyakkan pengambilan air kosong
- Kita digalakkan mengambil air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Air penting untuk tubuh badan kita kerana 70% badan kita adalah air. Air membantu kita melancarkan proses tubuh dan membantu menyingkirkan toksin dalam badan.
2. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
- Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi banyak nutrien-nutrien penting untuk tubuh seperti vitamin, mineral, asid amino, asid lemak dan lain-lain lagi.
3. Bersenam dan melakukan aktiviti riadah
- Bersenam dan melakukan aktiviti riadah membantu meningkatkan tahap kesihatan seperti membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan stamina, melancarkan peredaran darah, menyahtoksin dan megurangkan masalah kesihatan.
4. Tidak merokok
- Seperti yang kita sedia maklum merokok adalah membahayakan kesihatan. Merokok boleh menyebabkan risiko kanser paru-paru dan boleh mengganggu fungsi tubuh yang lain. Merokok juga akan menyebabkan orang sekeliling menerima kesan buruknya.
5. Tidak mengambil alkohol
- Alkohol bukan sahaja memabukkan tapi juga memudaratkan kesihatan. Jika diamalkan secara berterusan boleh menyebabkan risiko penyakit jantung, hati atau penyakit dalam perut.
6. Mengurangkan pengambilan makanan manis
- Kurangkan pengambilan makanan manis bagi mencegah penyakit seperti diabetes. Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan risiko kerosakan buah pinggang.
7. Kurangkan pengambilan makanan ringan
- Makanan ringan biasanya mengandungi natrium yang tinggi, perisa, pewarna serta pengawet. Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi dan kegagalan fungsi buah pinggang.
8. Kurangkan makanan berminyak/berlemak
- Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak. Makanan berminyak dan berlemak boleh meningkatkan tahap kolestrol. Kolestrol yang tinggi menyebabkan risiko mengalami serangan jantung dan penyakit-penyakit lain seperti lumbuh anggota badan.
9. Tidur yang cukup
- Kita disarankan untuk tidur dengan secukupnya sekurang-kurangnya 8 jam bagi memastikan tubuh mendapat rehat yang cukup setelah bekerja seharian.
10. Melakukan pemeriksaan doktor
- Membuat pemeriksaan kesihatan. Jika mengalami sakit yang berlarutan segera membuat pemeriksaan dan minta nasihat doktor.
Diharap tips ini dapat membantu anda menjaga kesihatan dan terhindar dari penyakit yang berbahaya.
Terima Kasih
Beauty&Health
msfizakawaii.blogspot.com
Comments
Post a Comment