Flying Fox Kundasang Sabah
Satu lagi tempat menarik yang korang kena datang kalau bercuti di Sabah. Tempat ni terletak di daerah Kundasang. Senang nak cari sebab tepi jalan je. Kalau dari arah KK, tempat ni sebelah kanan. Kalau korang nampak roda warna warni tu haa tu la tempatnya.
Selain Flying Fox ada banyak lagi aktiviti yang menarik kat sini. Kalau korang nak cuba aktiviti memanah pun ada.
Saya pergi dengan kakak, adik dan dua orang anak buah saya. Mula-mula hanya 3 orang yang nak cuba tapi dah tengok kitorang ni dah fly, mestilah yang 2 orang lagi tu teringin nak cuba juga kan. Sampai anak buah saya yang 6 tahun tu pun nak cuba juga. Mula tu tak yakin dia boleh naik . Risau pun ada. Tapi bila dia dah nampak abang dia fly dia pun nak jugak. Tanya krew kat sana 'budak kecik' ni boleh naik ke sebab ikut peraturan yang bawah 20kg tak boleh naik. Umur pun baru 6 tahun. But he confidently want to try. Emm pandai dia yakinkan krew tu ye. Dia sengih-sengih je, makcik dia ni yang risau tau.
And finally, yes he did it. I'm so proud of you sayang. Pecah rekod pula tu. Before ni budak 7 tahun je yang pernah cuba. Fuh lega makcik dia ni sebab dah selesai. Lepas dah selesai belikan dia aiskrim 😆 Kat sana pun ada mini market.
So, korang pun mesti cuba jugak tau. Best sangat. Tiket untuk Flying Fox ni tak la mahal. RM25 seorang. Ok la tu. Berbaloi dengan pengalaman yang korang lalui. View pun cantik.
Korang boleh visit facebook Kundasang Mount Valley untuk info lanjut.
Semoga entry ni dapat bagi info kat korang yang nak bercuti ke Sabah.
Beauty&Health
msfizakawaii.blogspot.com
Comments
Post a Comment