Tips Bercuti Musim Salji
Dah lama nak karang tips ni tapi asyik tunda je. Ok kali ni nak update juga.
Ada yang plan nak bercuti musim salji ke? Korea? Jepun? atau tempat lain? Tapi mesti ramai yang nak pergi Korea ni kan. Well sape tak nak pergi kan. Feeling ala-ala Winter Sonata gitu 😆
Sekarang ni dah banyak pakej bercuti yang murah-murah. Cakap je nak pergi mana? Yang penting pandai survey. Masa saya pergi last time tahun 2014 (dah bertahun kut baru nak share 😁), masa tu tak banyak lagi pakej-pakej bercuti. Gigih tau google sana sini. Kat Facebook pun satu dua kerat je. Kat Instagram pun takde lagi kut (ke aku yang tak pandai cari).
Beberapa bulan sebelum bertolak mula la study itu ini. Excited jangan cakap la. Maklum la first time bercuti musim salji. Banyak juga la blog yang saya baca tapi masa tu info memang limited. Tapi sekarang dah tak perlu risau dah, siap ada blog traveller lagi (suka baca blog2 bercuti, lepas tu mula la pasang niat nak pergi juga, mudah terpengaruh ni) 😆.
Ok, ringkas kan. Naik bosan pula korang baca. Maaf 😅
Baiklah kali ni saya nak share tips bercuti musim salji / sejuk.
Yang ni musim salji kat Korea la ye. Tempat lain ada yang sama ada yang tak, bergantung pada tempat dan cuaca. Sila google sebelum bertolak.
Tips kali ni tentang apa yang korang perlu bawa.
1. Winter jacket
- Wajib ada. Lain la kalo korang jenis yang kulit tebal. hehe.
2. Long John
- Yang ni untuk lapisan kat dalam sebelum pakai jaket. Saya ni jenis tak tahan sejuk, berlapis-lapis baju juga saya pakai. Lepas pakai long john pakai baju tebal 2 pasang lepas tu baru pakai winter jacket. Pernah sampai menggigil-gigil bila angin mula bertiup. Masa tu baru la rasa bersyukur tinggal dibumi Malaysia.😆
3. Glove
- Saya beli kat Daiso je. Murah pun murah. Beli sepasang pun cukup la nanti sampai kat Korea beli la lagi. Kat sana lagi murah & banyak pilihan.
4. Stokin tebal
- Yang ni saya bawa beberapa pasang. Takut tak boleh tahan. Tapi bawa sepasang dua pun boleh je. Nanti beli kat Korea. Lagi murah.
5. Mafla
- Balut kat leher untuk mengurangkan rasa sejuk dan sebagai penutup muka elak salji masuk mulut masa salji turun.
6. Kasut boot
- Saya beli kat Korea je. Murah & banyak pilihan. Kat sana sampai korang rambang mata. Masa tu shopping kat Namdaemun, Korea. Nak bagi tips ni, kalau korang pandai cakap Korea atau Jepun senang nak bargain. Ni pengalaman saya, wah berbunga-bunga la hati jawabnya. Pandai-pandai la korang goreng-goreng sikit, heheh..
7. Heat Pack
- Susah nak cari. Tapi cuba cari kat Daiso. Saya beli kat Nami Island. Best tau guna benda ni. Letak kat poket jaket kita then rasa heat kat dalam. Bila tangan rasa sejuk letak la dalam poket. Ni untuk kurangkan rasa sejuk.
Ha, tu je la benda basic yang perlu di bawa bila bercuti musim bersalji/sejuk. Kalau korang nak tahu apa lagi yang perlu dibawa boleh baca entry saya sebelum ni (Tips ke Luar Negara).
Oh ye, kalau korang jenis yang mudah diserang selsema atau batuk bawa la supplemen ye, contoh vitamin C. Yang ni sangat-sangat penting. Suhu masa tu tak tetap, boleh berubah-ubah & sangat-sangat la sejuk. Jadi make sure korang standby supplemen yang perlu ye.
Oh ye, kalau korang jenis yang mudah diserang selsema atau batuk bawa la supplemen ye, contoh vitamin C. Yang ni sangat-sangat penting. Suhu masa tu tak tetap, boleh berubah-ubah & sangat-sangat la sejuk. Jadi make sure korang standby supplemen yang perlu ye.
Comments
Post a Comment