Khasiat Cuka Epal
Photo Credit : nrttv.com 1. Mengurangkan sakit tekak Ia mengandungi antibakterial dan capsaicin yang membantu mengurangkan sakit tekak. Jika sakit tekak terjadi akibat alergi, cuka epal dipercayai sangat berkesan kerana ia berkeupayaan membantu memecahkan mukus. 2. Membantu masalah penghadaman pH yang tidak seimbang di dalam perut dan kurangnya enzim dan probiotik menyebabkan terjadinya pedih ulu hati. Cuka epal mengandungi enzim dan probiotik semulajadi yang dapat membantu mengatasi masalah ini. 3. Sebagai pembersih berus makeup Bagi menanggalkan kekotoran pada berus mekap anda, gunakan cuka epal kerana ianya mengandungi asid malik sebagai antibakterial. Sediakan secawan air suam dan sesudu kecil cuka epal. Kemudian rendam berus mekap anda selama sejam dan kemudian bilas dengan air. Keringkan sebelum menggunakannya semula. 4. Mempercepatkan proses penyembuhan luka Sifatnya sebagai antiradang juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ianya juga menghala