Kegagalan bukan pengakhiran

Kegagalan bukan pengakhiran
Photo Source : google.com

Dalam bisnes tak mungkin untung dan success sokmo. Mesti ada jatuh bangun nya. Tu lumrah bagi yang berniaga. Begitu jugalah dengan saya.
Sekejap naik sekejap turun. Pernah sampai takde sales dalam masa yang lama. Takde untung dan macam-macam lagilah.
Tapi saya bangkit semula. Dalam Shaklee ada team yang saling support each other. Yang motivate saya. Yang sentiasa positif.
Ini membuatkan saya rasa jangan terlalu selesa dan terlalu lama 'down'. Kita down bila takde motivasi diri.
Jadi tak perlu sedih sangat bila bisnes tak berapa nak untung. Yang penting kita dah usaha, dah buat apa yang patut. Cuma belum ada rezeki lagi. Percaya bahawa rezeki datang dariNya. Kalau kita terus berusaha, inshaaAllah ada la bahagian kita.
Jangan anggap selamanya kita jatuh. Anggap kejatuhan tu sebagai pembakar semangat untuk kita lebih berusaha.
Yang dah untung banyak tu jangan terlalu selesa pula. Sentiasa majukan diri. Amalan-amalan rohani jangan ditinggalkan. Jangan lupa Dia bila dah senang. Tapi cari Dia bila susah kesempitan.
Sentiasa ingat Pemberi Rezeki tak kira susah atau senang.

Kegagalan bukan pengakhiran.

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
msfizakawaii.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)