Membudayakan amalan membaca
Awak ulat buku tak?
Saja tanya. Sebab saya bukan kategori tu 😂
Dulu-dulu memang suka membaca (sebelum kecanggihan telefon bimbit). Saya pun kaki novel gak. Tapi sejak akhir akhir ni dah kurang minat pulak. Salah satu sebabnya takde masa nak baca. Kadang tu beli tapi tak baca pun emmm baik tak payah beli. Membazir. Penuhkan rak buku je. Yang lain tu ada yang saya dah bagi kawan yang memang kaki novel. Jadi tak lah rasa membuang duit sangat 😅.
Tapi saya still baca buku walaupun tak selalu. Salah satunya ialah buku motivasi. Ramai penulis buku motivasi. Tapi saya paling suka motivator HM Tuah Iskandar al-Haj. Sebab ayat ayat dalam buku buku dia santai je. Tak membosankan. Sesuai dengan 'jiwa' saya 😄.
Buku yang ni dah lama dah. Peninggalan arwah kakak saya. Baru berkesempatan nak baca. Tapi tak habis lagi. Saya baca bila ada masa terluang, masa saya tak terlalu busy. Kalau baca tak kena pada masa, tak boleh 'hadam' apa yang ditulis. Jadi sia sia pulak. Takde pengajaran yang kita dapat. Betul tak?
Ok saya nak kongsi salah satu bab dalam buku ni.
'Kisah tikus asyik makan tidur'
Ringkasan - kisah seekor tikus yang takut berhijrah dek kerana terlalu selesa ditimbuni roti di kilang roti. Sampailah satu hari, tiada roti yang dihantar ke kilang tersebut. Dia tunggu dan tunggu sebab yakin pekerja kilang roti tu akan hantar roti di kilang tersebut seperti hari sebelumnya. Tapi akhirnya tikus tersebut mati kelaparan. Emm kalaulah tikus tu keluar dari kilang tu dan cari makanan lain di luar kilang tersebut mungkin dia boleh survive lagi dan dia taklah mati kelaparan.
Pengajaran - jangan takut berhijrah dan jangan terlalu selesa dengan kedudukan sekarang. Mungkin suatu hari nanti ia akan berubah. Jadi kena keluar dari zon selesa dan ambil peluang di tempat lain. Bila kita berhijrah ke tempat yang baru atau sesuatu yang baru mungkin banyak risiko yang kita fikirkan tapi itu lebih baik dari hanya berada di satu tahap tanpa berubah apa-apa. Orang kata masih ditakuk lama.
Itulah pengajaran yang saya dapat simpulkan.
Kena berani mencuba sesuatu yang baru. Kalau tak cuba mana kita tahu potensi diri. Mungkin juga ianya baik untuk diri kita dan mungkin ia menguntungkan diri. Jadi jangan takut untuk berhijrah. Hijrah ke arah kebaikan ye awak. Jangan hijrah jadi hantu pulak 😂
See, satu bab je dah bagi pelbagai pengajaran. Kalau baca satu buah buku tu, lagi banyak pengajaran yang kita dapat, kan. So, jangan berhenti membaca. Lagi bagus kalau kita membaca bacaan ilmiah dan bermanfaat. Sekurang-kurangnya kita boleh apply dalam kehidupan harian atau boleh share dengan orang lain. Jadikan amalan membaca sebagai satu budaya. Budaya yang sihat.
Jom membaca.
Jom membaca.
Comments
Post a Comment