3 Tips Mudah Atasi Lemau Dalam Bisnes

Photo Credit : quotemaster.com

"Dah buat macam-macam tapi takde sales pun. Cukuplah. Tak nak buat dah. I'm give up. Fullstop."

Pernah tak korang rasa macam ni? Korang dah bersungguh-sungguh. Rasa dah bagi yang terbaik. Dah usaha keras but in the end tak nampak hasil. Sampai tahap dah putus asa. Mesti pernah kan?

Hidup ni ibarat roda. Tak selalu di atas. Begitu juga dengan bisnes. Adakala dibawah, kadang kadang takde sales, kadang tu takde bayang customer langsung.

Macam macam cabaran dihadapi buat kita rasa give up. Lemau nak buat itu ini dah. Sebab nampak takde hasil. Malas nak teruskan.

Tapi sebenarnya semua tu bermula dari diri kita sendiri. Kadang cabaran tu datang dari diri sendiri. Bila dah down tu mulalah lemau semacam. Betul tak?

Tapi bagaimana nak atasi rasa lemau tu? Terutama dalam bisnes.

Jom baca perkongsian saya di bawah.

3 Tips Mudah Atasi Lemau Dalam Bisnes

1. Muhasabah Diri

Bila rasa down, cuba muhasabah diri. Duduk dan relaks. Diam sebentar. Lapangkan fikiran. Cuba ingat balik apa yang pernah kita buat. Mungkin ada silap kita yang kita tak nampak.

Cuba check hubungan kita dengan Maha Pencipta. Check balik macamana hubungan kita dengan Allah s.w.t. Tengok balik amalan kita. Adakah waktu solat kita terjaga? Cukup 5 lima waktu? Adakah kita ikut apa yang disuruh dan cegah apa yang dilarang? Ingat! siapa yang memberi rezeki dan nikmat yang kita dapat? Semua yang kita perolehi hari ini bukan milik kita. Dan bila dah dapat janganlah angkuh dan sombong. Allah s.w.t boleh tarik balik nikmat-nikmat yang kita perolehi dengan sekelip mata sahaja.

Bagaimana pula hubungan kita dengan keluarga? Mungkin kita pernah berkasar dengan ibubapa kita. Mungkin derhaka dengan mereka. Hati ibubapa ni kita kena jaga. Jangan sampai mengguris hati mereka. Jika hati mereka terguris hilanglah salah satu pembuka rezeki kita. Kerana setiap doa mereka didengar oleh Maha Pencipta. Bukan ibubapa je, tapi dengan adik beradik lain. Mungkin kita ada selisih pendapat atau salah faham yang membuatkan mereka terguris hati. Jadi mohonlah maaf pada mereka.

Begitu juga dengan hubungan dengan saudara-mara, rakan-rakan dan jiran tetangga. Mungkin kita pernah menyakiti hati mereka atau berbuat buruk pada mereka tanpa kita sedar. Cepat-cepat mohon maaf. Tak salah turunkan ego untuk meminta maaf. Sekurang-kurangnya hati kita rasa tenang dan dapat jalinkan kembali silaturrahim.

Dengan haiwan pun kena jaga hubungan. Jangan dera atau buli binatang. Mentang-mentang awak tak suka kucing, awak sepak je dia. Walaupun kita tak boleh sentuh anjing, awak baling dengan batu atau selipar. Tak boleh macam tu. Kita hidup di bumi Allah s.w.t, hidup harmoni dengan ciptaanNya yang lain. Bukan duduk seorang tau. Haiwan pun ciptaanNya. Selagi dia tak kacau kita, janganlah buat jahat dengan mereka. Errkk tapi kalau mengancam nyawa pula bagaimana? Kalau dah tahap mengancam nyawa, buat la apa yang patut, tak pun minta bantuan dengan orang lain 😖

2. Stalk / ambil aura orang yang berjaya

Orang berbisnes ni suka tengok orang berjaya. Bila tengok orang berjaya secara automatic kita rasa terinspirasi. Cuba stalk atau 'curi' aura kejayaan mereka. Bukan mencuri barang ye. Jangan juga curi idea. Kalau jadikan sebagai rujukan tu takpe kot. Kalau idea dia kita boleh olah cara kita dan tak ikut 100% idea dia, mungkin dibenarkan 😃. Kadang bila kita tengok cara dan gaya orang berjaya ni kita pun rasa nak ikut macam dia. Tengok kejayaan mereka menaikkan lagi semangat kita yang 'down' tu.
Ambik yang positif, abaikan yang negatif.

3. Motivasikan diri

Kadang kita ni lemau sebab kurang motivasi diri. Sehebat mana pun kita, tetap perlukan motivasi diri. Jadi, bacalah buku motivasi. Banyak je jual kat kedai-kedai buku. Beli online pun boleh. Bila-bila ada masa terluang bacalah. Tengah relaks relaks tu baca satu dua muka surat pun memadailah. Kalau tak suka baca buku, buka je youtube. Dunia dah makin canggih kan. Carilah video motivasi.

Itulah 3 tips mudah yang ingin saya kongsikan. Semoga bermanfaat untuk awak semua.

Tapi kalau lemau sebab takde tenaga tu, jangan risau, saya boleh cadangkan makanan tambahan yang boleh boost your energy 😏 BUKAN UBAT KUAT ye. Ni supplemen untuk tingkatkan tenaga. BUKAN UBAT. haa nanti awak sangka bukan bukan pulak 😂

Ok, meh saya kenalkan produk shaklee yang bantu tingkatkan tenaga harian. Jadi, buat kerja taklah lemau semacam. Ni nak mulakan kerja pun dah lemau, tu belum bab mengantuk sebab tak cukup tidur. Faham, awak sibuk dengan kerja hakiki then sambung kerja kat rumah lagi. Kalau ibu bekerjaya yang ada anak lagi letih kan.

Jom usha produk dibawah.

Vivix Shaklee


Salah satu fungsi vivix adalah merangsang penghasilan tenaga (Mitochondria)

sumber : google

Mitochondria juga dikenali sebagai penjana tenaga. Ia adalah organel yang bertindak seperti sistem pencernaan yang mengambil nutrien, memecahnya dan menghasilkan molekul kaya dengan tenaga untuk sel.

Fungsi utama mitochondria adalah menghasilkan tenaga sel. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel juga akan menurun.

Vivix membantu merangsang pembentukan tenaga baru mitochondria sekaligus membantu meningkatkan  tahap tenaga didalam sel.

Sebab tu lah bila consume Vivix Shaklee akan rasa sentiasa bertenaga.

Coq-Trol Plus Shaklee


CoQ-Trol Plus Shaklee yang lebih bergaya

Coenzyme Q10 ialah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga didalam sel. Ia berada didalam mitokondria, iaitu pusat janakuasa di dalam sel. Badan kita boleh menghasilkan mitokondria dan Coenzyme Q10 (CoQ10) secara semulajadi, tetapi penghasilannya akan merosot atas beberapa faktor seperti peningkatan usia dab cara hidup yang tidak sihat.

Ia mengandungi Polifenol dan CoQ10 yang tinggi dengan antioksida, seperti yang kita sedia maklum Polifenol membantu meningkatkan prestasi sel ke tahap optimum sekaligus menambah jumlah mitokondria dalam sel. Sebagai nutrien yang diperlukan oleh stesen-stesen penjana tenaga, CoQ10 diperlukan untuk mengecas badan dan memperbaharui tenaga agar tubuh berfungsi lebih efektif.

Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel kita serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Peningkatan CoQ10 membantu meningkatklan kekuatan otot dan mempercepatkan pemulihan luka.

ESP Shaklee

Khasiat Dan Kebaikan ESP Shaklee
ESP Shaklee mengandungi GI yang rendah. Apa GI tu? GI iaitu Glycemic Index bermaksud kadar pertukaran sesuatu makanan kepada glukos. Semakin rendah GI semakin tinggi kebaikannya.

ESP mempunyai GI yang rendah dimana ia ditukar kepada glukos dan tenaga secara perlahan-lahan, bukan sekaligus. Sebab tu kalau minum ESP ni tak rasa lapar, dan sentiasa bertenaga. Kalau korang nak diet ke atau nak puasa ESP ni memang pilihan terbaik :)

Jadi bagi korang selalu lemau, letih, lesu dan tak bermaya bolehlah cuba produk-produk di atas. Tapi jangan lemau-lemau dalam bisnes, ok.

Jom lebih bersemangat.

Nak order produk di atas boleh hubungi saya atau beli secara online.

BELI SECARA ONLINE

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309

Comments

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)