Apa yang anda paling takuti?
Photo Credit : moziru.com |
Awak awak. Awak takut apa?
Kalau tanya apa yang ditakuti, haih banyak. Nak list satu-satu panjang pula kang post ni..hehehe
Tapi ada satu ni yang ramai sangat orang takut. Sangat sangat takut. Apa dia?
Takut kehilangan.
Ni bukan ayat cia cia cia. Orang tengah serius ni. 😏
Ayat subjektif. Boleh jadi takut kehilangan barang. Takut kehilangan kucing kesayangan. Dan macam2 lagi lah.
But kehilangan orang tersayang ni perasaannya lain macam. Nak nak lagi bila kehilangan ahli keluarga. Itulah yang paling ditakuti. 😔 Siapa yang pernah lalui akan faham perasaan tu. 😢RRindunya hanya Allah yang tahu.
But kena ingat semua yang bernyawa akan pergi jua menghadap penciptanya. Jadi terimalah dan redha atas apa yang Allah takdirkan.
Jadi bila kita redha dengan sendirinya kita akan terima hakikat orang tu dah tiada. Cakap dalam hati 'Allah lebih sayangkan dia'. Walaupun berat nak lepaskan tapi terimalah kenyataan yang dia telah pergi buat selamanya.
Jadi, hargailah insan insan sekeliling kita selagi masih bernyawa. Bukan keluarga sahaja tapi saudara mara dan sahabat handai.
Seburuk mana pun dia sejahat mana pun dia bila dia dah tiada kita akan teringat kembali kebaikan kebaikan dia yang pernah dilakukannya. Kita pun tak sempurna. Kita pun taklah baik mana. Jadi berbuat baiklah. Hargai mereka.
Alfatihah bagi mereka yang dah pergi.
Comments
Post a Comment