7 Bahan Utama Collagen Powder Shaklee
Sekarang ni berlambak produk yang berasaskan kolagen. Macam-macam jenis, macam-macam rupa dan macam-macam rasa. Setiap produk ada ciri-ciri masing-masing.
Tapi kali ni saya nak cerita tentang bahan-bahan yang terkandung di dalam Collagen Powder Shaklee. Hak kita sebagai pengguna kena tahu apa kandungan bahan yang terdapat setiap produk yang kita guna dan bahan yang 'masuk' dalam tubuh kita.
Kena bijak memilih yang terbaik, untuk kesihatan jangka panjang kita. Tak boleh main beli je, kita selidik dan kaji dulu samada selamat untuk tubuh kita. Sebab setiap tubuh manusia ni reaksi terhadap apa jua yang masuk di dalam tubuh adalah berbeza. Ada yang cepat kesannya, ada yang lambat. Ada juga yang tidak serasi dengan tubuh atau alergik terhadap sesuatu bahan. Sebab tu kena semak dulu kandungannya.
Jom kenali 7 bahan utama yang terkandung di dalam kolagen shaklee.
1. Sisik Ikan Merah (Scales of Red Snapper)
Sisik Ikan Merah merupakan bahan utama yang terkandung di dalam Collagen Powder Shaklee. Sifatnya yang mudah menyerap (tinggi kadar penyerapan) dan kurang pencemaran jika dibandingkan dengan kolagen haiwan yang lain.
2. Ekstrak biji Camellia Japonica
Benih Camellia Japonica terdiri daripada Asid Oleik, pelembut kulit yang sangat baik dan bantu melembutkan kulit. Ia juga terdiri daripada Isoflavon iaitu antioksidan semulajadi yang boleh membantu mengurangkan radikal bebas.
3. Vitamin C dan Vitamin Bs
Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas dari merosakkan sel-sel kulit yang sihat.
Vitamin B terlibat dalam karbohidrat, lemak, dan metabolisme protein untuk melepaskan tenaga, dimana ia perlu untuk pengeluaran kolagen di dalam sel.
4. Ekstrak kerang
Glukosamin dari ekstrak kerang adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
5. Ekstrak Pfaffia
Pfaffia juga digelar sebagai ginseng Brazil dimana apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica bantu untuk menyokong pembentukan kolagen dan asid hyaluronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat sejumlah besar air, Asid Hyaluronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan rata.
6. Elastin daripada kolagen ikan
Elastin mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.
7. Lactobacillus Acidophilus
Lactobacillus Acidophilus ialah sejenis bakteria baik . Ia membantu untuk mengimbangi mikroflora usus dan memudahkan pembinaan semula sistem usus yang sihat yang dapat meningkatkan penyerapan kolagen.
Jadi bagi anda yang sedang mencari dan ingin mencuba kolagen tambahan untuk menyokong kekurangan kolagen di dalam tubuh bolehlah cuba Collagen Powder Shaklee. Kolagen Shaklee tidak sama dengan produk lain. Shaklee sentiasa memastikan produk-produk mereka selamat untuk penggunanya.
Shaklee juga dah jalankan kajian unggul untuk produk mereka. Mana bukti? Ok, boleh baca entry saya tentang Landmark Study Shaklee yakinkan saya untuk terus setia dengan Shaklee.
Nak tempah Collagen Powder Shaklee boleh hubungi saya atau
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Comments
Post a Comment