Tips Penjagaan Kesihatan
Bagaimana anda menjaga kesihatan tubuh? Mungkin kita tidak mengendahkan tentang penjagaan kesihatan kita disebabkan kesibukan kerja dan menyangka tubuh sentiasa sihat kerana jarang jatuh sakit. Tapi anda perlu tahu kadangkala penyakit yang berbahaya boleh terjadi secara senyap. Ada juga yang telah mengetahui diserang penyakit berbahaya tahap kritikal secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda dan gejala. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berjaga-jaga dan mengutamakan kesihatan tubuh. Tips Penjagaan Kesihatan 1. Banyakkan pengambilan air kosong Kita digalakkan mengambil air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Air penting untuk tubuh badan kita kerana 70% badan kita adalah air. Air membantu kita melancarkan proses tubuh dan membantu menyingkirkan toksin dalam badan. 2. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi banyak nutrien-nutrien penting untuk tubuh seperti vitamin, mineral, asid amino, asid lemak dan lain-lain la