Petua menambah susu ibu
Photo Credit : pngtree.com |
Kali ni saya kongsi beberapa petua bagi para ibu bagaimana untuk mendapatkan yang terbaik agar bayi anda mendapat nutrisi yang optimum.
1. Minum Banyak Air
Susu anda terdiri daripada 90% air. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari bagi memastikan anda mempunyai cecair yang mencukupi untuk menghasilkan susu ibu untuk bayi anda.
2. Makan jumlah protein yang mencukupi
Seseorang ibu yang menyusukan bayi perlu pastikan mengambil jumlah protein yang mencukupi iaitu dua kali lebih banyak daripada wanita yang tidak menyusukan bayi. Pilih makanan yang selamat dan tinggi protein untuk menghasilkan dan mengekalkan bekalan susu anda.
3. Emosi yang stabil
Emosi anda memberi kesan terhadap penghasilan susu anda. Oleh itu, duduk, berehat dan nikmati pengalaman penyusuan ini kerana ia membantu merembaskan hormon penenang secara semula jadi juga.
4. Lakukan urutan payudara
Urutan payudara akan membantu melancarkan saluran susu untuk pengaliran susu dengan lebih lancar. Kesannya, anda akan menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.
5. Makanan tambahan dengan Alfalfa
Alfalfa sangat baik untuk kesihatan. Bagi ibu yang menyusukan bayi, alfalfa sangat bermanfaat kerana ia dianggap sebagai galaktagog, bahan yang membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu dengan merangsang tisu susu dan bekalan susu.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551
Comments
Post a Comment