Kebaikan Omega-3 untuk minda

Kebaikan Omega-3 untuk minda
Photo Credit : 123rf.com
Tahukah anda Omega-3 sangat baik untuk meningkatkan kesihatan otak sekaligus meningkatkan prestasi minda anda?

Apakah kebaikan Omega-3 untuk minda?

Meningkatkan Prestasi Mental

Pengambilan Omega-3 meningkatkan prestasi mental. Ianya mempunyai kesan positif terhadap pemikiran, memori dan tumpuan terhadap pemikiran. Selain itu, Omega-3 juga menyokong pembelajaran yang optimum dan kemampuan membaca. Omega-3 juga membantu meningkatkan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori yang optimum.

Memperbaiki mood secara positif

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan EPA & DHA bantu meningkatkan kepadatan otak yang mengawal mood dan emosi. Omega-3 bantu membangkitkan mood dan meningkatkan kesejahteraan emosi secara menyeluruh.

Menggalakkan perkembangan otak yang sihat pada bayi semasa tempoh kehamilan dan awal kelahiran

Omega-3 khususnya DHA merupakan salah satu elemen penting untuk otak. Pengambilan Omega-3 yang konsisten bermula dari kehamilan adalah sangat penting kerana ianya bantu menyokong perkembangan sel otak janin yang sihat, terutamanya pada trimester ketiga. Selain itu, Omega-3 bantu

  • menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik di kalangan bayi.
  • menyokong perkembangan sistem saraf, persepsi, kognitif, dan saraf motor semasa tempoh pertumbuhan otak.
  • meningkatkan koordinasi tangan, mata serta kepintaran kanak-kanak.
  • meningkatkan tumpuan pemerhatian di kalangan bayi dan kanak-kanak.

Bantu mengekalkan fungsi kognitif yang sihat untuk golongan lanjut usia

Semakin meningkat usia, penurunan penyerapan nutrien juga semakin berkurang dan ianya memberi kesan kepada penggunaan DHA otak dan prestasi mental. Pengambilan Omega-3 bantu merendahkan risiko penurunan kognitif, bantu mengurangkan risiko gejala yang berkaitan dengan kemerosotan awal kognitif. Selain itu Omega-3 bantu menggalakkan dan mengekalkan fungsi otak yang normal terutamanya kogniitif dan memori. Omega-3 juga menggalakkan saraf otak yang sihat dan penghantaran isyarat optimum.

Salah satu produk Shaklee yang mengandungi Omega-3 ialah Omega Guard Shaklee.

Kebaikan Omega Guard Shaklee

Kebaikan Omega Guard Shaklee

Asid lemak

Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilkannya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. 

Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori

DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. 

DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran, mencegah migrain. Satu hidangan Omega Guard Shaklee dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan HDA.

Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru

Omega Guard Shaklee membantu mengawal sistem imun / pertahanan tubuh seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah dan sebagainya.

Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis)

Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan berkesan.

Mencegah insomnia dan mengurangkan tekanan

Kajian membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuklah kemurungan, tekanan, kebimbangan, insomnia dan sebagainya.

Untuk tempahan, hubungi 0193901309 atau beli secara online dengan menekan link di bawah.

BELI SECARA ONLINE





Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)